Selepas Bella Astillah Digelar Gemuk Macam B4Bl, Aliff Aziz Yang Selama Ini ‘Hilang’ Tampil Beri Komen

PENYANYI Aliff Aziz berang dengan tindakan seorang pemilik akaun palsu yang melakukan penghinaan terhadap isterinya, Bella Astillah menerusi kiriman mesej peribadi di laman Instagram.

Aliff berkata perbuatan individu itu melampaui batas, lebih-lebih lagi dalam keadaan isterinya yang kini sedang sarat mengandung.

“Satu perkara menyampaikan kata-kata kasar untuk orang lain, tapi menyampaikan kata-kata ini kepada wanita yang sedang mengandung yang merupakan rahmat Allah adalah satu tahap yang lain.

“Ini akibatnya apabila diri tiada basic value untuk hormat orang lain lepas itu keluarkan kata-kata kesat dekat ibu mengandung yang tak pernah buat salah dengan kau,” katanya.

Penyanyi lagu Sayang Sayang meluahkan rasa kurang senang itu menerusi Instastory miliknya pada Isnin.

Akaun palsu tersebut menggunakan foto orang lain dan menghantar mesej hinaan terhadap Bella Astillah.

Dia turut berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar oleh individu tersebut.

“Hahaha gemuk macam ****, ****!,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika individu berkenaan berterusan melakukan penghinaan terhadap Bella.

“Ini contoh kata-kata orang, kecil-kecil tak nak mampus, dah besar jadi attention seeker.

“Anda mahukan reaksi? Ini dia. Saya tak bergurau apabila bercakap tentang ini… berhenti ganggu isteri saya sebelum kami ambil tindakan undang-undang,” ujarnya.

Bella Astillah kini sedang hamil dan dijangka melahirkan cahaya mata perempuan pada Julai ini.

Pasangan ini kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam idah kira-kira Julai tahun lalu.

Bella dan Aliff pernah bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohd Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Selepas Bella Astillah Digelar Gemuk Macam B4Bl, Aliff Aziz Yang Selama Ini ‘Hilang’ Tampil Beri Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*