Kenapa AlJazeera Gagal Sampaikan Maklumat Yang Sebenar Diberitahu

Pemuda Pas kecewa laporan AlJazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disifatkan tidak cukup maklumat, tidak beretika dan menyimpang daripada fakta realiti sebenar.

MEREKA TIDAK FAHAM SOP KERAJAAN MALAYSIA

Aktiviti sukan sentuh, kelab malam: Ini lima mesej penting Ismail ...

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Al Jazeera gagal memahami strategi dan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Malaysia yang terbukti efektif dalam menangani pandemik Cov-19 sehingga diiktiraf sebagai negara terbaik oleh kebanyakan negara besar di dunia pada hari ini.

“Tahniah dan terima kasih kepada pihak berkuasa, Jabatan Imigresen dan polis yang mengambil tindakan pantas ke atas individu-individu terlibat bagi membantu penyiasatan untuk menyelesaikan isu ini melalui undang-undang yang diperuntukkan.

“Pemuda Pas percaya, pihak berkuasa Malaysia akan mengambil tindakan secara bijaksana dan menyelesaikan isu ini segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurutnya, Pemuda Pas juga ingin menuntut penjelasan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di atas tindakan disiplin dikenakan kepada wartawan Bernama TV, Herleena Pahlavy.

“Pendirian kami setiap daripada tindakan disiplin yang diambil mestilah berlandaskan kepada asas yang jelas seperti yang termaktub di dalam undang-undang sedia ada,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*