Hampir Seluruh Keluarga Amitabh Bachchan Positif C0VlD19. Ini Ahli Keluarga Terbaru Yang Baru Sahaja Disahkan Positif

Pelakon Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan kini dirawat di Hospital Nanavati selepas disahkan positif Cov-19, semalam.

Indiatoday melaporkan, Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.

Perkara itu disahkan sendiri pelakon itu menerusi ciapan di Twitter miliknya dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemunya membuat ujian Cov-19.

“Saya disahkan positif Cov-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” katanya dalam ciapan berkenaan.

AMITABH Bachchan dan Abhishek Bachchan. FOTO Agensi.

Beliau turut memuat naik gambarnya di hospital di akaun Instagram miliknya bersama mesej berkenaan.

Bagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan dan disahkan negatif.

Sementara, Abhishek Bachchan menerusi ciapan di Twitternya turut memaklumkan “Hari ini, saya dan ayah disahkan positif Cov19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih”

Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Namun, baru-baru ini, beliau membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya.

Sementara, Abhishek Bachchan, dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali seminggu lalu.

Aishwarya Rai, anak perempuan juga positif COVID-19

Aishwarya Rai, anak perempuan juga positif COVID-19

Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya disahkan positif COV-19, hari ini.

Bekas ratu cantik dunia itu disahkan positif sehari selepas bapa mertuanya, megastar veteran Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, serta suami Aishwarya, Abhishek Bachchan,44, dimasukkan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai selepas ujian pengesahan COV-19 mendapati dua beranak itu positif jangkitan itu.

Menteri Kesihatan Maharastra, Rajesh Tope dalam cipaan di Twitternya pada Ahad memaklumkan yang Aishwarya dan anak perempuannya yang berusia lapan tahun disahkan positif.

Reuters pula melaporkan, setakat ini belum ada sebarang maklumat yang menyatakan mereka dimasukkan di hospital atau sebaliknya.

Terdahulu, kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan memberitahu, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil.

Legenda perfileman Hindu, Amitabh dalam ciapannya di Twitter pada Sabtu memaklumkan dia dan anak lelakinya, Abhishek disahkan virus itu.

Dalam hantaran itu, beliau juga meminta mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya membuat ujian saringan.

Sumber : HMETRO ONLINE / ASTRO AWANI

Be the first to comment on "Hampir Seluruh Keluarga Amitabh Bachchan Positif C0VlD19. Ini Ahli Keluarga Terbaru Yang Baru Sahaja Disahkan Positif"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*