Ini Pesanan Sharifah Sakinah Kepada Sesiapa Yang Suka Menghina Dia Dari Dulu Sampai Sekarang

Susulan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, Sharifah Sakinah akhirnya tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet.

Sharifah Sakinah menerusi laman sosial Instagram (IG)nya telah memuat naik hantaran dan menulis kapsyen luahan hatinya.

Menerusi hantaran tersebut, Sakinah mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

Namun dia sempat berpesan kepada individu yang mengeji supaya sentiasa beringat bahawa setiap daripada mereka mempunyai keluarga masing-masing.

“Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga,” tulisnya.

Selain itu Sakinah turut memberitahu dia tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja.

“Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow.

“Nak komen boleh, tetapi janganlah bergaduh. Kita semua ada banyak lagi perkara lebih penting nak dilakukan,” katanya.

Sakinah pada Khamis lalu mengakui rumah tangganya dengan juruterbang Aliff Adha, berakhir pada Mei lalu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha, 3 tahun.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Ini Pesanan Sharifah Sakinah Kepada Sesiapa Yang Suka Menghina Dia Dari Dulu Sampai Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*