Hari Ini DG Noor Hisham Umumkan Menjumpai Satu Kluster Baru

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan satu kluster baharu di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching yang kini sudah menjangkiti dua individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, berkata kes pertama kluster berkenaan membabitkan pesakit ke-8,694, iaitu seorang pekerja di syarikat berkenaan yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai lalu kerana mengalami gejala pernafasan.

“Beliau didapati positif COV-19 pada hari yang sama. Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat dijalankan.

“Setakat ini, seramai 32 kontak rapat beliau sudah dikenal pasti dan disaring, iaitu 16 rakan sekerja dan 16 ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, selepas saringan COV-19 dijalankan ke atas kontak rapat terbabit, satu kes dikesan positif, 16 kes negatif dan 15 individu masih menunggu keputusan.

“Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman turut dijalankan di premis syarikat berkenaan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*