PU Syed Beritahu Apa Persamaan Safiey Dan Sajat

Selepas menemplak tindakan Nur Sajat yang berpakaian seksi, pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kini meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias.

Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya hari ini.

Menurut PU Syed, Safiey juga antara individu yang pada awalnya bertaubat telah kembali semula menjadi ‘wanita’.

“Apa lagi nak dikata pada seorang lagi ini yang telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi ‘paknyah’.

“Isu taubat adalah urusan dia dengan Allah yang Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat adalah isu yang paling utama yang perlu segera dirawat sebelum menjadi pandemik yang sukar diatasi.

SAFIEY DAN SAJAT DUA DUA ‘ADA’

“Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ punai dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki.

“Namun disebabkan ‘perasan’ yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, sifat yang terhasil dari imaginasi songsang ini harus dirawat segera oleh pakar psikatri dan bukan pergi mengadap doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi.

“Mereka mempunyai followers ‘tengin’ yang ramai sehingga mengiyakan sahaja apa yg mereka lakukan,” katanya.

Posting berkenaan kemudian mendapat sokongan ramai apabila kebanyakan mereka menganggap tindakan kedua-dua usahawan tersebut semakin melampau.

Rata-ratanya mendoakan supaya kedua-dua mereka kembali ke pangkal jalan.

Anda boleh lihat posting penuh PU Syed di bawah.

Paknyah, antara “kebebalan” dan melayan “Perasan” Sahaja!

Apa lagi nak dikata pd seorang lagi ni, yg telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi paknyah, isu taubat adalah urusan dia dgn Allah yg Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yg songsang kpd masyarakat adalah isu yg paling utama yg perlu segera di rawat sebelum menjadi pandemik yg sukar utk diatasi

Dia dan sajjat dan rakan² sewaktu dengannya, sama² mempunyai angry bird @ punai , dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki, namun disebabkan “perasan” yg mereka telah terperangkap dlm tubuh lelaki, maka berusahalah mereka utk merubah segala yg Allah telah jadikan kpd mereka

Sifat “bebal” yg terhasil dari imaginasi songsang ini, harus dirawat segera oleh pakar² psikatri dan bukan pergi mengadap Dr bedah plastik yg hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi

Mereka mempunyai followers “tengin” yg ramai, sehingga mengiyakan shj apa yg mereka lakukan, sedangkan BAHAYA gaya hidup mereka ini, bukan shj di dunia, bahkan boleh membahanakan pengikut yg mengikut gaya hidup mereka di akhirat nanti jika tidak sempat bertaubat yg sebenar2nya

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda di dlm Hadis yg di Riwayatkan oleh Iman Muslim, yg bermaksud

“Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu, serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepas itu,”

Ya Allah, berikanlah kesedaran kpd mereka, namun jika gaya dan cara hidup mereka ini boleh merosakkan moral dan akhlak umat Islam khususnya di Malaysia ini, tolonglah wahai Allah, jauhkan mereka dari dunia ini

Syed Bakri Al-Yahya

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "PU Syed Beritahu Apa Persamaan Safiey Dan Sajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*