Adik Bekas Isteri Toki Ceritakan Samada Toki Memang Tidak Suka Pada Anak Sendiri Atau Tidak

PENYANYI popular era 1990-an, To’ki tidak pernah membenci anak-anaknya walaupun mereka menjauhinya.

Adik To’ki, Habibah Mansur, 44, berkata, faktor ekonomi dan hidupnya terumbang-ambing ketika itu membuatkan perkara ini berlaku.

Sebelum ini, anak kedua To’ki, Noor Hidayah Mohd Zaki, 27, mendakwa kali terakhir dia bertemu bapanya itu ialah empat tahun lalu apabila To’ki menjadi wali nikahnya.

Hidayah berkata, sejak To’ki dan ibunya berpisah kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah bapa.

Mengulas krisis membabitkan abang dan anak-anaknya, Habibah berkata, dia berada di tengah-tengah dan perlu bijak memainkan peranan supaya tiada yang kecil hati.

“Yaya (panggilan untuk Hidayah) anak saudara saya dan To’ki pula bapa kandungnya. Apabila orang bertanyakan kasih sayang To’ki terhadap anak-anaknya, saya tak nafikan kerana saya pernah tinggal bersamanya selepas
tamat SPM.

“Saya tahu bagaimana dia melayan anak-anaknya. Dia jarang tinggikan suara terhadap anak-anak. Tapi mungkin keadaan yang berlaku itu buat anaknya terasa.

“Masing-masing ada buat silap dan Yaya sebagai anak berhak untuk terasa. Mungkin pada dia bapanya mengabaikannya. Namun, sebenarnya setiap kali To’ki datang jumpa saya, dia selalu ajak saya berjumpa Yaya”
HABIBAH bersama anak perempuannya.

HABIBAH bersama anak perempuannya.

Ketika sedang bekerja di pejabat, Habibah dihubungi To’ki yang menunggu di depan rumahnya semata-mata untuk membawanya berjumpa Yaya.

“Saya tak dapat ikut kehendak To’ki kerana menghormati pendirian anak-anak saudara saya yang tak mahu berjumpa bapanya.

“Yaya juga pernah meluahkan perasaannya berkenaan bapanya. Begitu juga abangnya, Hafizi dan saya tak salahkan mereka.

To’ki tak pernah marahkan mereka, malah dia selalu minta nombor telefon anak-anaknya daripada saya. Namun, saya pegang amanah dan hormat permintaan mereka.

“Saya ada nasihatkan Yaya, baik atau buruk seorang ayah, itu tetap ayah kita. Kalau kita tak jaga rahsia keluarga kita, orang lain akan ambil kesempatan.

Habibah juga sentiasa berdoa supaya anak-anak saudaranya boleh memaafkan bapa mereka, manakala To’ki perlu berusaha mendekatkan kembali diri kepada mereka.

“Dia pernah bercerita mengenai kesedihannya apabila anak-anak enggan jumpa. Saya faham hati dan perasaan abang saya.

To’ki dengan kak long (bekas isterinya) okey tapi kita kena hormat perasaan anak-anaknya. Kalau tak salah mereka bercerai ketika Yaya berusia 10 tahun.”

Benda sebenarnya boleh selesai tapi disebabkan ada yang ambil kesempatan, ia jadi besar tapi saya tak marahkan Yaya,” katanya.

Habibah berkata, To’ki juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Nilam Qaseh dengan bekas isteri kedua yang kini dijaga bekas isterinya itu.

Sementara itu, bercakap mengenai dakwaan To’ki seorang penagih d4dah, Habibah tidak menafikannya tetapi memaklumkan abangnya itu sudah lama menghentikan tabiat itu.

“Dia hanya ambil ubat untuk atasi ketagihan. To’ki pernah ajak saya temankannya ke satu klinik untuk dapatkan ubat itu. Doktor pun beritahu ubat ini untuk hilangkan ketagihan terhadap dadah.

“Saya tak boleh nak tutup mulut orang jika masih nak kaitkan dia dengan perkara negatif.

Apa yang pasti, ketika saya tumpang solat di surau berdekatan rumahnya, penduduk di situ beritahu To’ki tak pernah kacau orang.

“Malah sumbangan yang diterimanya seperti beras, disedekahkan pula kepada pihak lain seperti pusat tahfiz berdekatan,”katanya.

Selain Hidayah, To’ki mempunyai empat lagi anak hasil perkahwinan pertama iaitu Mohd Hafizi, 28; Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis 18.

Sumber: Hmetro Online

Be the first to comment on "Adik Bekas Isteri Toki Ceritakan Samada Toki Memang Tidak Suka Pada Anak Sendiri Atau Tidak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*