Selepas Berlakon Dalam Keluarga Iskandar The Movie, Jari Anita Baharom Jadi Bengkok. Dia Dedahkan Apa Yang Berlaku Sekarang

Pelakon Anita Baharom berkongsi pengalaman apabila diserang sakit sendi hingga membuatkan jarinya bengkok serta tidak mampu berjalan selepas menjalani penggambaran filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) di Johor Bahru, sekitar Mac tahun lalu.

Menurut Anita, kesemua gejala tersebut berlaku disebabkan dia menghidapi sejenis penyakit dikenali Siste-mik Lu-pus Erite-matosus (S L E) atau Lu-pus.

Menceritakan kepada Gempak, Anita berkata, penya-kit berkenaan telah menyerangnya sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakannya mengakibatkan sendi tulangnya sa-kit.

“Sebenarnya waktu penggambaran KITM tahun lalu dekat Legoland tangan saya dah mula bengkok-bengok, tapi saya tahan dulu sebab bila diurut dia akan lega sikit.

“Waktu shoot tu kita nak fokus all out dulu. Tapi habis je penggambaran barulah saya diserang sa-kit, balik ke hotel terus pitam.

“Balik Kuala Lumpur lepas tu pun saya tak boleh jalan, suami terpaksa angkat. Itulah kisahnya ramai yang tak tahu sebab saya tak nak susahkan ramai orang,” katanya.

Menurut Anita, dia menganggap peny4kit S L E dihadapinya ini sebagai ‘silent kiIIer’ kerana ia meny3rang sendi dan organ manusia dalam diam.

“Doktor sahkan saya ada S L E sendi, jadi ia kerap menyer4ng sendi-sendi saya.

“Saya tidak boleh terlalu tertekan, jika tidak, sebahagian urat saraf yang menggerakkan anggota tubuh akan hilang fungsi secara tiba-tiba,” katanya.

Tambahnya, walaubagaimanapun dia bersyukur kerana keadaannya kini semakin stabil selepas menjalani rawatan.

“Mula-mula nak bagitahu saya ada peny4kit ini saya takut. Saya takut orang ingat saya minta simpati.

“Tapi Alhamdulillah bila Allah tahu niat kita, Allah permudahkan, ramai peminat DM bagi nasihat dan bantu.

“Saya usaha berserah pada Allah dan tawakal. Sekarang bila cek balik dekat hospital, tahap SLE saya sudah mild,” katanya.

Untuk makluman, Anita bakal muncul dalam filem terbaru Keluarga Iskandar The Movie (KITM).

KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Keluarga Iskandar The Movie Buat Anita Baharom Menanti
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Selepas Berlakon Dalam Keluarga Iskandar The Movie, Jari Anita Baharom Jadi Bengkok. Dia Dedahkan Apa Yang Berlaku Sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*