Lelaki Ini Luahkan Apa Yang Dia Rasa Tentang Sajat, Kenapa Sajat Masih Lagi ‘Bebas’

Dia dilahirkan sebagai lelaki dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Itu maklumat yang diperolehi hasil pertemuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika kecoh Sajat mengenakan pakaian wanita sewaktu melakukan ibadah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang ketika itu masih lagi menjadi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri yang mengesahkan perkara tersebut.

Malah, sejak tahun 2018 lagi Sajat dikatakan telah bertemu dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Dr Izwan Yusof.

Peliknya, seperti tidak ada tindakan susulan selepas itu kerana Sajat masih lagi Sajat, malah ada ketikanya apa yang dikongsikan di media sosial seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Aku bukan hanya bercakap dari segi kemanusiaan tetapi juga dari segi agama Islam yang kita anuti. Lelaki berpakaian wanita bukan sahaja salah di sisi agama Islam tetapi salah di sisi undang-undang di Malaysia.

Terus terang, aku masih lagi ‘keliru’ sama ada Sajat lelaki atau perempuan atau khunsa seperti yang sering didakwa segelintir pihak. Mana satu? Jika dia lelaki, kenapa tiada tindakan yang diambil kerana berpakaian wanita? Jika dia perempuan, kenapa namanya di dalam kad pengenalan adalah nama lelaki? Jika dia khunsa, mana bukti-bukti dokumen rasmi perubatan?

Bulan puasa lalu juga kecoh apabila netizen marah dengan cara Sajat berpakaian yang seolah tidak menghormati bulan yang mulia. Baginya, tidak ada apa yang membataskannya melakukan apa yang dia suka. Paling tidakpun, buat sahaja permohonan maaf seperti yang dilakukannya ketika isu umrah dulu. Semua orang senyap, semua orang lupa. Mudah saja.

Ketika ini kecoh pula isu dia memakai bikini seolah-olah sedang menikmati musim panas seperti mereka di barat yang berjemur untuk menggelapkan kulit. Beberapa keping foto masih lagi berada di media-media sosial kerana sudah dikongsi ramai warga maya.

Seperti yang berlaku ketika dia mengerjakan umrah dulu, Sajat lebih selesa berdiam diri. Seolah dapat membaca, masa akan membuatkan orang lupa dengan apa yang dilakukannya dan semua akan kembali kepada sediakala.

PU Amin ajak boikot, PU Syed minta Jakim dan PDRM ambil tindakan, ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim tegur, netizen jangan cakaplah – ada yang tegur ada yang mengeji dan pastinya ada yang menyokong.

Percayalah cakap aku, beri sebulan dua dan tidak ada lagi orang yang akan membicarakan hal ini. Semuanya akan berjalan seperti biasa sehinggalah Sajat muncul kembali dengan kontroversi terbaru yang mahu diciptanya. Ketika itu, semua orang akan bercakap kembali dan dia akan kembali membisu.

Aku masih lagi ingat kata-kata Sajat dalam video bersama Aliff Syukri ketika memohon maaf atas kejadian ibadah umrah tidak berapa lama dulu.

“Saya cuma nak belajar, nak dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi saya tak ada harta akhirat”, antara kata-kata Sajat dalam video tersebut.

Selepas DSV, Nur Sajat Bakal Keluar Single Duet Bersama Aliff ...

Aku rasa inilah kali pertama dan kali terakhir aku nak berbicara tentang Sajat. Aku pasti kalau aku berbicara lagi, pastinya aku hanya akan mengulangi benda yang sama, cerita yang sama, dan mungkin atas sebab-sebab yang hampir serupa. Jadi lebih baik ini jadi yang pertama dan terakhir.

Untuk pihak yang berwajib, kalaulah benar Sajat itu lelaki yang berpakaian wanita dan tidak ada sebarang tindakan yang ingin diambil, maka berikanlah kebenaran kepada semua lelaki yang ingin berpakaian wanita supaya tidak ada pilih kasih (okay, ayat ini hanya ayat perli dan bergurau sahaja!) Minta dijauhkan.

Kepada Sajat (kalau dia baca), anda ada kapasiti untuk membentuk masyarakat ke arah yang lebih baik kerana anda ada ramai pengikut di media sosial. Gunakanlah sebaik mungkin. Aku tolong ulangkan sikit ayat dalam video memohon maaf dulu, “saya tak ada harta akhirat”. Gunalah peluang yang ada untuk mencari harta akhirat. Sentiasa ingat, Tuhan itu Maha Pengampun.

Salam Jumaat dan jumpa lagi!

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Lelaki Ini Luahkan Apa Yang Dia Rasa Tentang Sajat, Kenapa Sajat Masih Lagi ‘Bebas’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*