Kru Produksi Al Jazeera Tiba Di Bukit Aman. Ini Yang Bakal Terjadi Kepada Mereka

Seramai enam kakitangan Al-Jazeera hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung dokumentari agensi berita itu yang menunjukkan Malaysia mendiskriminasi pendatang asing ketika menangani Cov-19.

Kesemua mereka tiba bersama peguam pukul 8.50 pagi.

Turut kelihatan wartawan Al Jazeera, Drew Ambrose termasuk, juruvideo, editor dan produser yang dikatakan terlibat dalam pembikinan laporan yang disiarkan pada Ahad lalu.

Mereka dibawa menaiki van oleh pihak polis selepas mendaftar masuk di pintu utama ibu pejabat polis itu.

Mereka akan disiasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

MGF100720_WARTAWAN-AL-JAZEERA-HADIR-DI-BUKIT-AMAN1-681x454

Wartawan Al-Jazeera semasa hadir bagi memberi keterangan berhubung dokumentari yang bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Sebelum ini polis memklumkan, Al Jazeera akan dipanggil untuk disiasat susulan laporan polis yang dibuat terhadap mereka berikutan dokumentari yang disiarkan

Jabatan Imigresen pula menamakan individu yang dikehendaki sebagai Md Rayhan Kabir, 25.

Jabatan itu juga memberi amaran keras akan membatalkan kelulusan pas warga asing sekiranya mereka mengeluarkan kenyataan tidak tepat dengan tujuan memburukkan imej negara.

Al Jazeera Media Network telah menolak keras tuduhan terhadap mereka.

 

Jumaat lalu, saluran berita Al Jazeera menyiarkan episod bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” di program 101 East.

Video selama 25 minit itu menuduh kerajaan menggunakan alasan kesihatan dan keselamatan awam untuk menangkap warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah.

Sumber : Malaysia Gazette

Be the first to comment on "Kru Produksi Al Jazeera Tiba Di Bukit Aman. Ini Yang Bakal Terjadi Kepada Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*