Dato Seri Vida Bagi Syarat Jika Cik B Nak Kereta Mercedes Tapi Respond Cik B Buat Ramai Netizen Terkejut

Perbualan antara jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dan anak perempuannya, Cik B mencuri perhatian netizen di Twitter.

Menerusi paparan skrin perbualan WhatsApp tersebut, Vida menawarkan untuk membelikan sebuah kerena mewah jenis Mercedes Brabus G79 6×6 yang berharga RM3.2 juta.

Bagaimanapun, Cik B perlu mengikut syarat yang ditetapkan Vida untuk memperoleh kereta mewah itu.

“Mama beli untuk Cik B nak? Asalkan Cik B kurus dan putih ye,” kata Vida.

DATO SERI VIDA KENA JARI TENGAH?

Cik B selamba membalas pertanyaan Vida dengan stiker wajah Vida sendiri sambil menunjukkan jari tengah di dahi.

“Dia f***kan mak dia guna stiker muka mak dia. Adoi perangai Cik B ni,” tulis @yrfavhello berseloroh.

Tweet itu disertai dengan komen netizen yang beriya-iya mahukan stiker tersebut.

RESPOND CIK B TENTANG GAMBAR JARI TENGAH

Vida Sogok Cik B Kereta Mercedes Harga RM3.2 Juta, Tapi Ini Syaratnya!

Tapi, ini pula jawab Cik B.

“Sticker tu bukan mama ambil gambar saja-saja tu mama tengah buat video pastu garu kepala,” jelas Cik B.

Dalam masa sama juga ramai yang turut prihatin dan berkongsi petua untuk Cik B menurunkan berat badan serta mencerahkan kulit demi mendapatkan kereta mewah yang disogok Vida itu.

“Buat intermittent fasting, lepas tu minum air banyak. Malam jangan makan, berhenti sebelum pukul 7 dan perlahan-lahan kurangkan gula. Jangan lupa buat cardi sikit,” cadang @chibimun666.

“Cik B kalau nak kurus jangan diet ekstrem tau. Cuba kurangkan nasi dalam setiap hidangan dan lauk pauk juga. Jangan minum air manis, bersenam tiga kali seminggu,” tambah @ipancrossing.

Entri tersebut terus mendapat perhatian netizen yang terkejut dengan tawaran Vida untuk Cik B.

Good luck ya Cik B!

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*