Sharifah Sakinah Sudah Umum Sudah Bercerai. Sebab Kenapa Jadi Begitu Diberitahu, Memang Tak Sangka

Pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan sudah berpisah dengan suami yang juga seorang juruterbang, Aliff Adha, pada Mei lalu.

Sakinah turut mengakui sudah tidak tinggal sejak Mac 2020.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya.

Ditanya mengenai perpisahan berpunca daripada orang ketiga, Sakinah menafikan perkara tersebut.

Adik kepada Shahrifah Shahira ini turut memberi komen mengenai Aliff yang secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Sumber: BH Online via GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*