Sajat Tampil Jelaskan Kenapa Dia Sanggup Buat Kontroversi Bergambar Pakai BlKlNl

“SAYA bukan melacur atau menjual diri di laman sosial tetapi hanya berkongsi apa yang saya suka pakai dan menghargai kecantikan yang dimiliki,” kata usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat mengenai kecaman yang diterima susulan kontroversi terbarunya apabila dia memuat naik gambar dan video berbikini di Instagram.

Sajat ketika dihubungi berkata, dia mempunyai hak untuk berpakaian sebegitu dan selesa untuk menjadi diri sendiri.

Pakai Bikini Tapi Ada Selulit? Ini Jawapan Balas Sajat!  

“Instagram saya gunakan untuk berkongsi kehidupan saya yang bukan hanya khusus untuk perniagaan semata-mata, malah saya suka berkongsi mengenai kecantikan, imej, bantuan, informasi serta banyak lagi.

“Saya sedar ramai yang marah dengan penampilan saya, namun apa yang ingin saya tegaskan masing-masing mempunyai pilihan sendiri. Saya masih berpegang teguh kepada agama saya. Saya hanya menjadi diri sendiri dan janganlah hanya kerana imej seksi anda lupa kebaikan saya selama ini,” katanya.

Sajat berkata, dia berharap individu yang menggesa dirinya diboikot tidak menghakiminya hanya kerana satu perkara yang dilakukan ketika ini.

“Saya tak faham apabila berpakaian macam ini semua nak boikot seolah-olah saya melakukan kesalahan yang sangat besar. Namun, apabila saya menghulurkan bantuan kepada orang miskin tiada siapa menyokong atau menghebahkan, malah ada yang anggap saya riak pula.

“Kecantikan adalah sesuatu yang ‘universal’. Semua orang ingin berkongsi dan berpenampilan cantik, begitu juga dengan saya. Saya agak terkilan kerana saya menjadi mangsa mereka sedangkan ramai lagi wanita yang lebih seksi di media sosial. Di Malaysia video lucah juga boleh diakses dengan mudah dan di mana sahaja. Kenapa saya dihentam begini?” katanya.

SAJAT MINTA MAAF

Dalam masa sama, Sajat memohon maaf sekiranya ada mengguris hati mana-mana pihak kerana dia tiada niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.

“Jika saya ada mengguris hati mana-mana pihak saya ingin memohon maaf. Saya tiada niat nak bangkitkan kemarahan. Saya berkongsi gambar itu antara lain adalah berkongsi hasil yang saya peroleh daripada menggunakan produk yang saya jual,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "Sajat Tampil Jelaskan Kenapa Dia Sanggup Buat Kontroversi Bergambar Pakai BlKlNl"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*