2 Perkara Ini Pelakon Nia Ramadhani Tidak Akan Buat Kepada Suami Sejak Berkahwin

Sebut sahaja nama Nia Ramadhani, pasti ramai teringat pelakon itu mencipta nama menerusi drama sinetron Bawang Putih Bawang Merah. Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ardi Bakrie, Nia mengakui ada masanya hubungan mereka turut diuji.

Namun, Mia berkata dia mempunyai cara tersendiri untuk memastikan hubungannya dengan suami kekal harmoni. Ujarnya, komunikasi dalam hubungan suami isteri sangat penting kerana pasangan kita tidak boleh baca fikiran kita.

“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri. Sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.

“Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tidak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.

Dua Perkara Yang Nia Tidak Akan Buat

Nia memberitahu dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga jangan memeriksa telefon bimbit dan dompet suami. Malah, Nia mengakui sejak 10 tahun lalu dia tidak pernah buka dompet dan telefon suaminya.

“Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka dompet dan telefon milik suamu. Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa, cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa akan jadi masalah besar.

“Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon suami, tak mahu lihat,” katanya.

“Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan kini memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Komen Netizen

Sumber: Trending Sangat

Be the first to comment on "2 Perkara Ini Pelakon Nia Ramadhani Tidak Akan Buat Kepada Suami Sejak Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*