
Baru baru ini tular di media sosial dimana Emma Maembong mengumumkan sedang mengandung dan usia kandungan dia telah mencecah 4 bulan.
Rata rata ramai mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu cahaya mata Emma dan suami kerana sudah pasti bayi yang akan dilahirkan comel dan putih melepak.
“Sedang asyik bersuka ria berbulan madu bersama suami di Langkawi, pelakon jelita Emma Maembong mengesahkan dirinya kini telah hamil empat bulan”
Emma yang bernikah dengan juruterbang, Shazli Azhar pada 20 Februari lau turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya semalam.
Menerusi posting tersebut, Emma menyatakan bulan madunya bersama suami itu merupakan percutain terakhir kerana selepas ini mereka bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ratusan ribu tanda suka itu dihujani pelbagai komen positif daripada peminat Emma
Emma Ditegur English Berterabur
Minggu lalu, Emma telah memuat naik satu posting di instagram rasmi beliau dengan menggunakan bahasa English sebagai ayat kapsyen.
Tiba tiba muncul satu komen di mana menegur Emma supaya berbahasa melayu sahaja kerana ayat English Emma Maembong berterabur.
Tidak berdiam diri, ini respond Emma terhadap individu terbabit.
“Yg penting yakin n berlajar. dari jadi org yg kosong xtahu apa2 and xberjaya sedihhhh” – Emma Maembong
Netizen memuji jawapan balas Emma terhadap individu tersebut. Betul kata Emma, jika tak tahu kita belajar dan tiada masalah pun jika salah.
Artikel By: TOA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Tidak dibenarkan salin semula tanpa kebenaran
Leave a Reply