Ada Yang Buat Kelakar Bila Letak Contact Number Dan Nama Dalam Buku Sebelum Masuk Kedai

Antara salah satu norma baru adalah sebelum memasuki mana mana premis seperti pasaraya, kedai makan dan ada juga kedai runcit acheh kita perlu mengisi butiran diri dan memeriksa suhu di luar premis.

Perkara ini bukan saja saja diminta, jika tidak menulis buku pengunjung harus mengimbas kod menggunakan telefon bimbit.

Tetapi ada yang seperti memperlekehkan arahan ini. Nukilan ini dipetik dari Facebook PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA BELUD.

Mungkin bagi anda ini lucu, jom kita huraikan apa risikonya buat main benda ni.

Umum kita tahu, mereka bukannya tengok ic pun untuk masuk dalam premis. Letak nama apa pun memang anda akan masuk juga ke premis tersebut.

Sekiranya anda adalah insan yang masuk dalam premis bersama kes yang positif Covid-19 tanpa anda sedari, dan pesakit tersebut telah menyebarkan penyakit dalam premis dan menjangkiti ramai orang. Siapakah yang akan pihak kesihatan akan hubungi? Adakah nama yang anda tuliskan ini akan membantu mempercepatkan kawalan dalam situasi tersebut? Adakah no hp yang anda catitkan tersebut akan mempermudahkan urusan?

Anda melawak dalam masa yang sama anda memperjudikan nasib seluruh keluarga yang tinggal bersama anda.

Sekiranya data tersebut tepat, anda adalah orang yang bernasib baik jika wujud kluster di premis tersebut. Anda akan dihubungi oleh pihak Kesihatan, dan untungnya,tahap kesihatan anda akan dipantau.

Bagi mereka yang menipu dalam memberi data tersebut, nasib anda akan menjadi lebih malang kerana anda antara insan insan terakhir yang dapat dikesan itu pun selepas anda mendapat simptom,pergi ke hospital dan mengakui yang anda pernah berada dalam premis yang telah tercemar dengan covid-19. Keadaan akan bertambah rumit sekiranya anda adalah pembawa penyakit yang tidak bergejala.

Anda tidak perlu memperjudikan nasib keluarga di rumah, apabila dikehendaki memberikan sedikit maklumat,berilah kerjasama.

Jadilah individu yang bertanggungjawab demi kesejahteraan kita bersama.

*Gambar sekadar hiasan.

Artikel By: TOA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Tidak dibenarkan salin semula tanpa kebenaran

Be the first to comment on "Ada Yang Buat Kelakar Bila Letak Contact Number Dan Nama Dalam Buku Sebelum Masuk Kedai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*