Lelaki Ini Ditangkap Kerana Mencuri Pokok Lidah Buaya. Polis Dedahkan Sebab Sebenar Kenapa Dia Nak Sangat Pokok Itu

Gara-gara terpengaruh dengan dakwaan yang mengatakan pokok lidah jin boleh dijual sehingga RM200 sepokok, seorang lelaki telah ditahan reman oleh pihak polis. Memetik laporan Harian Metro, suspek yang menganggur didakwa telah mencuri pokok lidah jin di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kuala Berang pada 24 Jun lalu.

Tumpang basuh tangan sebelum mencuri

Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek memaklumkan singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum beredar.

Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.

Menurut sumber, suspek tiba di tempat kejadian dalam keaddan yang mencurigakan sebelum disedari oleh seorang tenaga pengajar. Pada mulanya, suspek memberitahu bahawa dia singgah untuk mencuci tangan.

Namun selepas memeriksa kawasan itu, dia mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dilaporkan hilang. Dia kemudiannya mendapati kelima-lima pokok tersebut berada dalam bakul motosikal suspek sebelum dia melarikan diri.

Suspek direman 3 hari

Susulan dengan itu, suspek yang berusia 37 tahun ditahan di rumahnya. Di samping itu, Penolong Kanan Pendaftaran Mahkamah Seksyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff telah membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Be the first to comment on "Lelaki Ini Ditangkap Kerana Mencuri Pokok Lidah Buaya. Polis Dedahkan Sebab Sebenar Kenapa Dia Nak Sangat Pokok Itu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*