Seorang Lelaki Bangladesh Buat Ramai Rakyat Malaysia Marah Bila Cerita Perkara Tidak Betul Pada Media Antarabangsa

Seorang lelaki warga Bangladesh menyinggung perasaan rakyat di negara ini menerusi kenyataanya kepada media antarabangsa Al-Jazeera ketika ditemuramah baru-baru ini.

Video Terletak Di Bawah Artikel

Difahamkan pemuda Bangladesh yang sudah empat tahun menetap di Chow Kit Kuala Lumpur itu mencetus rasa kurang senang rakyat Malaysia selepas mendakwa dia tidak dilayan dengan baik ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) yang lalu.

Kenyataan Pemuda Bangladesh Ini Kepada Al-Jazeera, Guris Hati Rakyat Malaysia

Paparan skrin temuramah tersebut kemudiannya menjadi viral dan rata-rata warganet menyelar tindakan warga asing tersebut yang dilabel sebagai kacang lupakan kulit.

Ada juga yang menganggap pendatang tanpa izin (PATI) itu tidak berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa virus pembunuh, Covid-19.

Menerusi temuramah bersama Al-Jazeera, pemuda Bangladesh tersebut seolah-olah menggambarkan kerajaan Malaysia melayannya dengan kejam kerana tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu rakan-rakan di luar.

“Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan-kawan,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Al-Jazeera.

Terdahulu, Al Jazeera didakwa menyiarkan laporan tidak betul apabila mengatakan Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu PATI ketika wabak Covid-19 menerusi laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi’.

Menurut laporan tersebut, selama bertahun-tahun pekerja asing telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Bagaimanapun, ketika pelaksanaan PKP, pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah terpaksa hidup dalam ketakutan di sini.

Laporan tersebut turut mendapat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan Al-Jazeera menyiarkan laporan tidak betul.

Adham Baba berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung perkara itu adalah selaras dengan Akta 342 iaitu langkah bagi menangani jangkitan virus maut tersebut dalam kalangan warga asing.

“Laporan Al-Jazeera bahawa ada berlaku perkauman sebenarnya adalah satu tuduhan yang tidak betul,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Seorang Lelaki Bangladesh Buat Ramai Rakyat Malaysia Marah Bila Cerita Perkara Tidak Betul Pada Media Antarabangsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*