Suami Dia Kena Sakat Dengan Kawan Suruh Tambah Isteri Lagi Satu. Tiba Tiba Isteri Lelaki Itu Masuk Komen

Topik perbincangan membabitkan poligami sering kali menjadi berdebatan dalam kalangan wanita. Mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak bersikap terbuka dalam hal ini.

Seperti perkongsian yang dibuat wanita ini, dia menegur sikap rakan suami bergurau mengenai poligami di ruangan komen. Dia berpendapat ada batasnya jika mahu bergurau.

‘Cari je sorang lagi’

Ni contoh tak baik ya kawan-kawan, sungguhpun melawak ni bukan caranya melawak. Ada banyak lagi cara nak melawak gurau senda sama kawan-kawan. Orang ada adab ada agama ada ilmu bukan begini permainanya. Bini orang lain aku tak tau tapi kalau bini Farid ya, beginilah sebab ada history meroyan. Masih nak cari pasai? Silakan. Jangankan suruh cari sorang, cari tiga orang lagi pun boleh bukan di tanah arab je nak keliling dunia pun aku bagi tapi bukan begini caranya.

Yang komen begini kerjanya sama macam abi, mohon bini-bini pantau laki ampa ni. Senang je cakap orang padahal nature kerja ampa sendiri ampa paham kot. Ampa nak pedajaey bini ampa silakan tapi jangan ajar laki aku pedajey aku sebab aku salwakursiah bukan bini ampa.

‘Nak melawak ada batasnya’

Aku dah cakap bini orang lain mungkin menagis geram sendiri. Aku tidak! Sekali laki aku bagi, ramai wanita sebagai bini dekat luar sana punya susah payah jaga laki jaga-jaga anak jaga rumahtangga depa, ampa mai taktau dari mana dok honggaq rumahtangga orang.

Hoi!!!! Aku marah ni!!! Nak main-main dengan bini orang lain boleh, dengan bini Farid jangan dimainkan. Jangan cuba-cuba. At least aku voice out untuk kaum-kaum aku. Aku tau ramai lagi yang menangis sendiri.

Aku mood tak elok dah semalam sebab anak aku si Ayad kena katok kayu dengan anak jiran dekat rumah mak sampai baloq badan aku dah naik angin pi mengamok sana.

Balik rumah aku nak lena posting ni naik dekat feed aku, darah aku terus mendidih punya penat aku nak mengandung anak laki aku, beranak lagi nak jaga anak lagi sorang-sorang ada orang pi tutuh anak aku ikut dan dah sepasai aku naik gila.

Ni pulak komen suruh laki aku buat gila cakap pulak bini taktau. Eehh bini dalam posting ni merujuk kepada aku tau Allah dh jodohkan aku dengan dia pasti Allah tak lindung benda jahat yang dibuat belakang aku. Jangan main gila dengan angin gila aku.

Btw aku pun penah ja kena mengorat tapi bukan la jenis meghela gatai gitu, hidup ada agama ada pegangan tau bab hukum. Cuma tu lah jangan buat bini ni tak laku sangat serupa nak dok hadap ampa saja aih.

Posting laki aku pun bukan cerita dia nak kawen lain. Santai ja kot orang lain steady ja dok melawak balas pantun, ampa dua ja jadi lagu ni pakat sokong benda merapu esok-esok rumah tangga kawan tu berantakan bergaduh bagai ampa nak sorak ka gena?

Sumber : Siti Salwa Kursiah Rozali

Kredit: OH BULAN

Be the first to comment on "Suami Dia Kena Sakat Dengan Kawan Suruh Tambah Isteri Lagi Satu. Tiba Tiba Isteri Lelaki Itu Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*