Menteri Ismail Sabri Tuntut 2 Perkara Dari Al Jazeera Kerana Sebarkan Berita Tidak Sahih Tentang PKPD Di Malaysia

Agensi berita Al Jazeera dalam laporan bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” mendakwa, berlaku diskriminasi terhadap PATI, dari segi layanan ketika Malaysia menguatkuasakan PKP bagi menangani COV-19.

Seorang lelaki warga Bangladesh menyinggung perasaan rakyat di negara ini menerusi kenyataanya kepada media antarabangsa Al-Jazeera ketika ditemuramah baru-baru ini.

Difahamkan pemuda Bangladesh yang sudah empat tahun menetap di Chow Kit Kuala Lumpur itu mencetus rasa kurang senang rakyat Malaysia selepas mendakwa dia tidak dilayan dengan baik ketika Perintah Kawalan Pergerakan( PKP) yang lalu.

Menerusi temuramah bersama Al-Jazeera, pemuda Bangladesh tersebut seolah-olah menggambarkan kerajaan Malaysia melayannya dengan kejam kerana tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu rakan-rakan di luar.

“Saya menangis di pagar. Tolong benarkan saya jumpa kawan-kawan,” katanya ketika ditemu ramah wartawan Al-Jazeera.

Terdahulu, Al Jazeera didakwa menyiarkan laporan tidak betul apabila mengatakan Malaysia mengamalkan perkauman dalam menangani isu PATI ketika wabak Covid-19 menerusi laporan video bertajuk ‘Dipenjara ketika Lockdown Malaysia: Kami menyiasat mengapa pandemik Covid-19 memaksa pekerja asing – tulang belakang ekonomi Malaysia – untuk bersembunyi’.

Menurut laporan tersebut, selama bertahun-tahun pekerja asing telah melakukan kerja berbahaya dan kotor untuk Malaysia.

Bagaimanapun, ketika pelaksanaan PKP, pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah terpaksa hidup dalam ketakutan di sini.

RESPOND MENTERI ISMAIL SABRI

Aktiviti sukan sentuh, kelab malam: Ini lima mesej penting Ismail ...

Pada sidang media hari ini, Menteri Ismail Sabri ditanya mengenai berita yang tular berkenaan layanan Malaysia kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Beliau juga memberitahu berita Al Jazeera turut memberitahu mereka (pendatang asing) ditahan dan ada kanak kanak yang digari.

Perkara ini disangkal sepenuhnya oleh Ismail Sabri dan mengatakan apa maklumat berkenaan dengan PKPD tersebut adalah tidak benar.

Ini tuntutan Ismail Sabri kepada Al Jazeera

Kita beri layanan yang sama kepada semua warga asing, Malaysia tanggung setiap ujian saringan COVID-19.

Cabar Al-Jazeera negara mana beri kebebasan mutlak kepada warga asing.

Al-Jazeera perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Sumber : OH BULAN / BERNAMA

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*