Ramai Puji Anak Abby Abadi dan Norman Hakim Ketika Sambutan Hari Jadi Marissa Dania. Macam Bidadari

Pelakon Abby Abadi menyambut hari lahir anaknya, Marissa Dania yang ke 15 tahun dalam satu majlis yang meriah semalam.

Majlis yang diadakan di kediamannya itu dilihat meriah dengan kehadiran ahli keluarganya serta keluarga bekas suaminya, Norman Hakim.

Namun apa yang lebih menjadi pengikut Instagram (IG) Abby adalah Marissa apabila dilihat sangat menawan seperti anak gadis dengan memakai gaun panjang bak puteri berona merah jambu.

Malah ada juga yang mengusik, Marissa bergaya seperti di majlis bertunang.

“Lawa birthday girl, macam bertunang pula.

“Lawanya Marissa.

“Dah macam princess sangat!” komen antara pengikutnya.

Berikut merupakan foto serta video yang dikongsikan Abby sepanjang majlis tersebut

Selamat Hari Lahir …

Keayuan beliau mendapat pujian netizen

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Ramai Puji Anak Abby Abadi dan Norman Hakim Ketika Sambutan Hari Jadi Marissa Dania. Macam Bidadari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*