Selepas Menjadi Janda Sejak Dari 2019, Kak Girl Akhirnya Bertemu Pengganti

Personaliti media sosial Nur Amira Maslan atau lebih dikenali sebagai Kak Girl mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto terbaru bersama kekasih hati yang dikenali sebagai Osman Ali.

Menerusi laman sosial Instagram, Kak Girl, 32, berkongsi sebuah foto bersama Osman atau lebih mesra disapa sebagai Maman untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah, akhirnya jumpa awak selepas beberapa tahun. Rupanya awak berada di depan saya sahaja selama ini,” tulis Kak Girl sebagai kapsyen foto.
Selain foto bersama, Kak Girl yang terkenal dengan parodi lipsync hindustan turut sama memuat naik video terbarunya bersama Maman.

Maman kelihatan sporting menyanyikan bait-bait lagu tersebut dengan cara tersendiri.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat Kak Girl sudah menemui pengganti dan mendoakan segala yang terbaik untuk pasangan ini melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Malah, penampilan Kak Girl yang semakin kurus dan cantik juga mendapat pujian pengikutnya. “Alhamdulillah, tahniah Kak Girl. Semoga kekal bahagia sehingga ke Jannah,” doa seorang wargamaya.

“Perkara baik jangan ditunda, percepatkanlah. Doa saya semoga berkekalan hingga ke Jannah. Yang lepas tu jadikan sebagai satu mimpi yang telah berakhir,” tegur seorang wargamaya.

“Yeay, tak sabar nak tunggu kad undangan Kak Girl,” usik seorang wargamaya.

“Kak Girl selayaknya menerima sebuah kebahagiaan yang ada,” kata seorang wargamaya lagi.

View this post on Instagram

practice make perfect. okayyyyy la first timer 😁😅

A post shared by Meera James (@kakgirlsebenar) on

“Wah, confirm la lagi cantik lepas ni,” puji seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Selepas Menjadi Janda Sejak Dari 2019, Kak Girl Akhirnya Bertemu Pengganti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*