Rupanya To’ki Dan Isteri Kehilangan Cahaya Mata Pada PKP Lalu. Isteri To’ki Ceritakan Apa Yang Terjadi

PENYANYI popular era 1990-an, To’ki, 53, dan isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, sepatutnya dikurniakan anak tahun ini, tetapi hajat itu tidak kesampaian apabila kandungan Sharifah Fairuz gugur selepas dua bulan hamil.

Sharifah Fairuz yang mesra disapa Fairuz berkata, dia reda dengan takdir Ilahi dan menganggap rezeki belum berpihak buat mereka.

Fairuz berkata, dia disahkan hamil Januari lalu namun mengalami keguguran pada Mac lalu.

“Saya berkahwin dengan To’ki sejak satu setengah tahun lalu dan kami berpindah ke rumah di Batu 12, Gombak ini sejak enam bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Fairuz yang juga penulis kreatif bebas pernah berkhidmat dengan beberapa agensi pengiklanan terkemuka sebelum berkahwin dengan To’ki.

Fairuz berkata, ketika To’ki mempelawanya berpindah ke rumah kecil itu, dia sukar untuk menerimanya.

TO’KI bersama Fairuz (kanan) di pondok yang didiami mereka di Batu 12, Gombak. FOTO ASYRAF HAMZAH

“Ia bukan keputusan mudah terutama keadaan rumah ini dikelilingi hutan. Lagipun lokasinya yang jauh dari bandar menyukarkan untuk saya bekerja sambilan sebagai penulis kreatif. Namun, dia tetap berharap dan mahu membawa saya tinggal di sini.

“Walaupun keadaan rumah ini serba kekurangan kerana To’ki belum mempunyai bajet yang cukup seperti membina bilik air yang sempurna, tapi sudah cukup indah buat kami berdua tinggal bersama,” katanya.

Menurut Fairuz, pada peringkat awal mereka tinggal di situ, rumah itu pernah dimasuki ular sawa.

“Walaupun rumah tempat kami berteduh ini tidak sempurna di mata orang, tetapi saya tidak pernah menganggap ‘mahligai syurga’ ini serba kekurangan,” katanya.

Fairuz berkata, keadaan dirinya yang bertongkat akibat kemalangan pada 10 Jun lalu menyebabkan dia sukar berjalan apabila tulang pinggulnya patah.

“Disebabkan itu, ligamen saya lari. Kaki saya sukar untuk berpijak. Doktor nasihat jika mahu tulang pinggul kembali bercantum, kaki saya tidak boleh jalan bertapak selama tiga bulan.

“Bulan depan, saya akan menjalani pemeriksaan dengan doktor. Dia akan teliti sama ada saya perlu jalani fisioterapi atau tidak,” katanya.

Fairuz berkata, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana sudi menyumbangkan kerusi roda dan tongkat untuknya.

“Mereka juga mahu menghadiahkan sebuah komputer riba bagi memudahkan urusan kerja saya,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*