Dua Pelajar Ponteng Sekolah Dan Lepak Kedai Mamak Tapi Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Mereka Beredar

Ponteng sekolah ini umpama perkara biasa di alam persekolahan. Jika ditanya pada yang sudah habis sekolah sudah pasti hampir semua akan ceritakan pengalaman mereka ponteng sekolah.

Di waktu sekarang sekolah sudah mula dibuka walaupun tidak semua pelajar. Tetapi masih adakah aktiviti ponteng sekolah walaupun sudah lama tidak bersekolah?

Kisah benar di bawah ini mengenai 2 pelajar yang sedang ponteng sekolah dan ingin menghabiskan masa dengan melepak di kedai mamak.

Kena Ceramah Dengan Mamak

Saya pergi ke sebuah kedai mamak di Cheras untuk bersarapan pagi. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, ada dua pelajar yang ponteng sekolah mahu melepak di kedai mamak ini.

Namun mereka berdua ditegur oleh mamak dan juga enggan diberi makanan dan minuman. Dia (mamak) terus memberi ceramah kepada dua pelajar itu dan berkata kehidupan di dunia ini amat sukar serta menasihatkan agar mereka kembali ke sekolah.

Malah, mereka menjadikan diri mereka sebagai contoh sekiranya dua pelajar itu tadi tidak pergi ke sekolah.

Dua pelajar itu beredar dan saya rasa mereka pergi mencari kedai mamak lain yang boleh melayani mereka.

Saya kagum dengan integriti kedai mamak ini. Meskipun dia boleh mendapat untung yang sikit, tetapi dia memilih untuk tidak berbuat demikian.

Netizen juga kagum dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh kedai mamak itu berbanding kebanyakan pengusaha kedai makanan yang lain hanya membutakan mata menerima kehadiran pelajar ponteng demi keuntungan.

Netizen memuji tindakan kedai mamak yang enggan melayan dua pelajar ponteng sekolah ini. Siap bagi ceramah free lagi.

Sumber : Thereporter & Drybone

Be the first to comment on "Dua Pelajar Ponteng Sekolah Dan Lepak Kedai Mamak Tapi Apa Yang Terjadi Selepas Itu Buat Mereka Beredar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*