49 Tahun Terpisah Dan Akhirnya Semua Berjumpa Kembali Tetapi Tidak Semua Yang Ada

KERINDUAN tidak bertemu sejak 49 tahun lalu terubat apabila 38 bekas pelajar Tingkatan Tiga (1971) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marang yang kini dikenali sebagai SMK Tengku Lela Segara dapat bertentang mata semula.

Dalam majlis ringkas di Kampung Merchang, Marang, sebilangan besar mereka yang kini berusia 64 tahun gagal menahan sebak dalam gembira apabila bertemu kembali.

Lebih menyedihkan, 10 daripada 80 rakan mereka sudah pergi buat selama-lamannya.

Penaung alumni kelas berkenaan, Dr Mamad Puteh berkata, beliau amat terharu kerana program yang sepatutnya diadakan pada Syawal lalu berjaya diadakan biarpun secara sederhana.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu berkata, program itu bukan sahaja merapatkan kembali silaturahim, tetapi boleh membantu mereka yang memerlukan.

“Selepas berakhir alam persekolahan sejak 49 tahun lalu, kami masing-masing membawa arah haluan sendiri.

“Namun, walau di mana pun berada kita tetap berkawan sehingga akhir hayat biarpun program kali ini yang pertama diadakan,” katanya.

Rakannya dikenali sebagai Ngah berkata, pertemuan semula itu amat mengharukan kerana ada antara rakan-rakannya tidak kenal antara satu sama lain.

“Sebelum ini saya dan beberapa lagi rakan berbincang untuk tubuhkan alumni, tapi tergendala disebabkan sukar untuk mencari sahabat lama kerana tiada maklumat lanjut.

“Tapi kami tidak putus asa dan akhirnya dapat berjumpa juga dalam jumlah yang agak ramai walaupun sebahagian sahabat sudah meninggal dunia.

“Harapan saya supaya program ini akan berterusan mungkin setahun sekali untuk berjumpa memandangkan kami pun sudah berusia,” katanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "49 Tahun Terpisah Dan Akhirnya Semua Berjumpa Kembali Tetapi Tidak Semua Yang Ada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares