Kisah Benar Gadis Menyesal Ditinggalkan Bakal Suami Yang Baik

Tadi masa aku scroll fb, ternampak ex selfie dgn wife dia di pelamin. jelas terpancar bahagia diwajah mu. aku tersenyum lemah. hati jangan cakap laaa, sedih allah sj yg tau.

Aku terkenang di mana silap ku sampai dia boleh kawin dgn perempuan lain.yaaa kalau di banding aku dgn perempuan tu, memang dia jauh beza dgn aku.cantik, body pun boleh tahan.

AKU? body pun macam taugeh tak cukup air.aku dengan lelaki tu bukan baru sebulan dua.relay kami sejak dari sekolah menengah.dia lebih tua dari aku.

Seriously dia memang semboyy, di tambah lagi dgn minat dgn fashion. bergaya mengikut trend terkini.aku masih ingat masa dia pertama kali bekerja, tidak dinafikan, dia memang rajin.dia jenis yg tidak banyak cakap..bila aku marah, dia senyum sj. apa pun perkataan yg keluar dari mulut ku, dia tetap layan aku baik2.

Dia pandai masak. sungguh dia lelaki sempurna dimata ku. pendek kata, perempuan mana yg tak suka? aku dikira beruntung pernah memiliki nya.dulu masa dia belum ada kerja, aku selalu merungut, sebab malu dgn kawan2  tapi dia usaha, jual online, buat bisnes itu ini, semata2 belikan keperluan ku.tiap2 bulan dia belikan baju, set makeup,masa dia kerja, bila suda gaji, dia ndak pernah lupa bahagian ku.

Bila dia cuti, dia ajak aku jalan2, spendtime sama2.tapi aku. ntah laaa. alasan, malas, panas. hahaha.maybe aku sudah bosan.

Bukan tu sj, aku suka mencari salah nya, bila sudah dapat kesalahannya, aku maki dia sepuas2 hati ku. dan biarkan dia balik2 merayu2 pujuk aku. tapi bila aku buat salah, aku cepat2 ubah topik sbb aku malas mau pujuk.teruk kan.

Kami selalu begaduh.dan masa berganti masa.dia perlahan lahan berubah.dia daa ada kereta. daa ada lesen.aku perasan. bila aku cari pasal dgn dia, dia malas mau layan, dia nda pujuk macam dulu . dia ndak ambik hati, dia ndak mintak maaf . diaa iyaakan sejaa .jauh. makin hari makin jauh.dan satu hari, terjawab laaa semua nyaa.

Masa tu aku mau pegi rumah nya, aku tenampak perempuan hantar kan kek untuk dia.tanpa banyak cakap aku pun pegi mengamuk. berabis aku tumbuk perempuan tu. and yesss, dia pertahankan perempuan tu. dia suruh aku pulang .

Aku pun pulang. hancur luluh hati ku. menangis tiada gunaa. aku call diaa, dia ndak jawab, aku chat dia ndak balass.yaa allah, aku lupaa, rupanya masa tu harijadi nyaa. bole nya aku lupa sedangkan dia sedikit pun ndak perna lupa harijadi ku tapi ego ku setinggi langit.malam tu dia datang ke rumah, bawa kek harijadi nyaa. niat nya mau sambut harijadi dgn aku. Tapi aku? aku halau dia. aku buang kek tu di tanah.

Aku cakap JANGAN CARI AKU LAGI.lepas tu aku tutup pintu. yes, kejam kan. aku tengok ditingkap, dia kutip kek2 yg betaburan di tanah tu. tapi aku buat bodoh seja.lepas tu, bulan berganti bulan.baru laa aku rasa broken habis aku mula call dia, whtsapp diaa, tapi dia ndak balass. dia ndak ambil kisah sudaa .

Aku pegi rumah nya, dia kluar, dia bagi kad undangan.aku menangis untuk kesekian kali nyaa dan berlalu.silap aku,aku terlupa, bukan selama nya lelaki akan terus bersabar,dia suda bagi masa yg cukup lama utk usaha bina masa depan kami. aku yg sia2kan . aku lupa, yg dia hmsm. mana2 perempuan mau dengan dia. dia pandai bergaya. rajin bekerjaa. betul janji allah,

ORANG YG BAIK,UNTUK ORANG YG BAIK.

Dia pilih bahagia.dia layak untuk bahagia.dia tinggalkan aku langsung sedikit pun tidak menoleh ke belakang. dia tinggalkan kenangan 6 tahun kami bersama2. sedikit pun dia ndak pernah ungkit semua pemberian nyaa. dia maafkan aku yg perna lukakan hati nyaa .

Aku? meratap dan meratap. hancur hati tgok perempuan tu cium pipi nyaa. peluk mesra pinggang nya. dan dia merelakan semua nya.

Wahai kaum hawa, kesabaran lelaki tu ada batas nyaa. ingat, diluar sana banyak yg lebih baik dari kau .

by, EMMA via omakkauviral.blogspot.com

Be the first to comment on "Kisah Benar Gadis Menyesal Ditinggalkan Bakal Suami Yang Baik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*