Sepupu Fatin Afeefa Dedahkan Satu Perkara Tidak Berapa Elok Didengar Tentang Keluarga Fatin Afeefa

Sepupu kepada aktres Fatin Afeefa iaitu Shariz Rosee, 27, mendakwa dia berkeras mahu menuntut hak keluarga mereka daripada ibu pelakon tersebut.

Ketika dihubungi Gempak, Shariz mendakwa sudah empat tahun mereka cuba untuk menyelesaikan isu itu.

“Dah empat tahun perkara ini. Dari tahun 2016 sampai 2020 tidak nampak jalan penyelesaian.

“Saya terfikir kenapa selama ini kami tanya secara elok tapi tak pernah bagi jawapan.

“Bila dah viral macam ini, telefon saya ajak berbincang secara empat mata. Apa lagi ingin disorok?

Sepupu Fatin Afeefa Mahu Tuntut Hak Keluarga

“Kalau selesaikan dalam keluarga pun boleh ke dapat hak kami? Bukan tak nak berbincang tapi ini cara nak mengajar orang seperti ini,” katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Cindai itu mengakui sudah melantik peguam berkaitan hal terbabit.

Tambah Shariz, dia tidak ingin keluarganya ditindas justeru dia mendakwa mahu tampil menuntut hak yang sepatutnya menjadi milik kami.

“Kami adik beradik ni ada 11 orang. Kami semua bukan nak harta itu sepenuhnya, dapat sikit jadilah.

“Kalau dia bagi kami adik-beradik sedikit wang, dia tak akan jatuh miskin pun. Harga tanah itu mahal, arwah ibu saya pernah cakap.

“Kalau dia tunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah, kami tak akan bising.

“Disebabkan perangai tamak dia, tengok apa yang jadi. Kami bukan dengki dengan kehidupan mewah mereka sekeluarga.

“Kalau kami terus diam, mesti mereka fikir keluarga kami senang ditindas. Sekarang memang ibarat bertemu buku dengan ruas.

“Lebih baik perkara ini diselesaikan di mahkamah. Tunjukkan bukti, kami nak tengok!” dakwanya lagi.

Fatin Afeefa Fail Saman Fitnah?

Fatin Afeefa Fail Saman Fitnah?

Pelakon Fatin Afeefa akui sudah melantik peguam untuk memfailkan saman kepada sepupunya yang juga pemilik akaun twitter MyBaby@SharizRosee atas tuduhan makan harta anak yatim.

Namun, Fatin tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai saman tersebut, dan menyerahkannya kepada wakil peguam Siti Rohayu Ahmad untuk urusan seterusnya.

“Saya sudah melantik peguam untuk urusan perbicaraan fitnah ini. Insya-Allah semua akan baik-baik sahaja.

“Apa-apa sila rujuk peguam saya kerana saya tidak akan memberi sebarang kenyataan,” katanya kepada Astro Gempak.

Pada 30 Jun lalu, pemilik akaun twitter MyBaby@SharizRosee telah menuduh Fatin dan keluarganya hidup mewah hasil dari harta peninggalan arwah ibunya.

Astro Gempak kemudian mendapatkan Siti Rohayu untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.

Siti Rohayu memberitahu pihak guaman telah menghantar notis kepada sepupu Fatin itu dan sedang menunggu maklum balas darinya.

“Kami telah menghantar dua notis kepadanya iaitu notis tuntutan berkaitan tuduhan ke atas Fatin berkenan kereta mewah dan hasil yang tidak halal serta notis tuntutan berkaitan tuduhan dan fitnah memakan harta anak yatim.

“Sekiranya dia gagal memberi maklum balas kami akan memfailkan tuntuan di mahkamah.

“Itu sahaja kenyataan yang dapat saya kongsikan setakat ini,” jelasnya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Sepupu Fatin Afeefa Dedahkan Satu Perkara Tidak Berapa Elok Didengar Tentang Keluarga Fatin Afeefa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*