Ibu Dr Amalina Dilabel Sebagai YAHUDl. Ini Respond Balas Dr Amalina Kepada MakcikItu

Sejak beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang pantang larang tradisional untuk ibu yang baru lepas bersalin.

Pantang larang tentang meminum air sejuk dan air suam tersebut turut mendapat perhatian Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri yang memberi penerangan dari sudut kesihatan.

Kisah tersebut tidak berhenti di situ sahaja apabila ada lagi wargamaya yang mempersoalkan penjelasan Dr Amalina malah menakut-nakutkan orang lain yang mungkin tidak mahu mengikuti cara lama dan tradisional.

Lebih teruk, apabila ada netizen yang mengaitkan ibu kepada Dr Amalina mengikut cara YAHUDl ketika melahirkan beliau.

JAWAPAN DR AMALINA

“Terima kasih mak cik keranaYAHUDlkan saya. Ibu saya tidak ikut pun pantang tradisional. Beliau makan makanan yang sihat, minum banyak air, makan sayur dan buah.

Beliau ikut saranan doktor. Buat senaman kegel dan senaman lain apabila dibenarkan doktor,” tulis Dr Amalina menjawab Twit wanita tersebut.

Menurut Dr Amalina, ibunya belajar tentang ilmu sains dan biologi ketika di sekolah dan memahami tentang fisiologi manusia.

“Alhamdulillah beliau sihat sampai sekarang. Beliau belajar ilmu sains dan biologi di sekolah, jadi beliau faham fisiologi manusia.

“Sebab itu beliau mengalakkan saya untuk jadi doktor. Beliau juga tidak akan memaksa orang lain mengikut cara tradisional. Terima kasih,” jawab Dr Amalina yang turut mendapat tindak balas yang positif daripada warga Twitter.

Sumber : GEMPAK

Admin ingat jual barang je ada ayat YAHUDl rupanya dalam berpantang pun ada .. macam macam hal la orang kita ni..

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*