Dato Boy Iman Tampil Ceritakan Perkara Sebenar Tentang Isu Tular Mengatakan Dia Bangkrap. Rupanya Dia Pun Tak Tahu

Pelakon yang juga ahli perniagaan Datuk Boy Iman, 40, tidak kisah tanggapan orang mengenai situasi yang sedang dilaluinya.

Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman berkata, dia percaya ada hikmah tersembunyi di sebalik semua ini.

“Biar orang anggap saya sedang lalui situasi buruk, tapi sebenarnya Allah sedang memberikan satu pengalaman yang mengandungi banyak hikmah,” katanya.

Dalam pada itu, Boy Iman mendakwa, dia tidak tahu menahu serta tidak dimaklumkan mengenai sebarang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan ke atasnya sebelum ini.

Katanya lagi dia hanya mampu ‘tergelak’ selepas membaca laporan dirinya yang diisytihar muflis oleh mahkamah berkuat kuasa semalam.

“Saya pun baru tahu selepas membaca laporan disiarkan media sebentar tadi. Baru je baca, dan memang tak tahu apa-apa atau tak terima sebarang notis pun.

“Apabila saya merujuk kes ini pada peguam, dia juga memberi maklum balas yang sama. Apa boleh buat? Saya hanya mampu tergelak sajalah buat masa ni,” katanya.

Bagaimanapun, Boy Iman memaklumkan, dia sedang menunggu maklumat lanjut mengenai perkara tersebut daripada peguamnya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan Boy Iman diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan melunaskan tuntutan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Terdahulu, Boy Iman melalui syarikatnya DBI Technology Sdn Bhd melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017.

Rekaan bentuk rumah itu jika mengikut harga jualan semasa boleh mencecah RM200,000 tetapi dijual dengan harga kira-kira RM50,000.

KENYATAAN PENUH BOY IMAN

“Biar Orang Anggap Saya Sedang Lalui Situasi Buruk, Tapi Sebenarnya Allah…” – Boy Iman

Ribut tak ada, angin tak ada tetiba saja keluar story ini di Harian Metro. Macam kena prank pun ada!

Masa mula-mula baca cerita ni saya tergelak, Macam tak percaya pun ada.

Bila saya tanya peguam saya, dia pun tak tahu kerana tidak diberi details yang jelas, dia pun tahu dari berita saja dan perlu masa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Lama kemudian bila saya fikir balik jadi sedih, ada cara lain yang patut dibuat oleh pihak pelanggan daripada buat cara macam ini. Kerana seorang pelanggan sahaja habis semua pelanggan-pelanggan yang lain.

Apatah lagi semangat saya yang baru saya temui semula setelah hilang hampir 2 tahun lebih. Menjadi Peneraju Rumah Mampu Milik, Satu perjuangan untuk melawan sistem kapitalis dan merupakan jihad ekonomi dalam industri hartanah & perumahan.

Sedangkan saya, team dan peguam dalam proses menyelesaikan segala tuntutan & memulakan operasi perniagaan syarikat DBI Technology Sdn Bhd semula bermula awal tahun 2020 sehinggalah terpaksa dihentikan dek Cov-19.

Mohon semua untuk sedekahkan pahala Al-Fatihah dan doakan yang baik-baik kepada saya sempena hari ini penghulu hari, hari Jumaat untuk saya bersyukur menerima musibah ini yang menjadi asbab titik kebangkitan saya untuk terus berjaya dengan apa yang saya buat dan dipermudahkan segala urusan.
Al-Fatihah.

Sumber : GEMPAK / IG Dato Boy Iman

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*