Hubungan Engku Emran Dan Laudya Cynthia Secara Rasmi Telah Berakhir. Ini Kenyataan Dari Laudya Selepas Bercerai

TEKA-TEKI status rumah tangga pasangan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan sudah bercerai.

Laudya menerusi program Insert saluran Trans TV, Indonesia pada Rabu berkata, keputusan untuk berpisah telah dipersetujui kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

“Berkaitan laporan berita ketika ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami bedra sudah sama-sama separat untuk berpisah secara baik, ”

“Sudah berbagai upaya kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini dan sudah segala proses kami lalui, saat ini semuanya sudah selesai,” ujarnya.

Biarpun berdepan dengan pengalaman pahit, bintang filem Surga Tak Dirindukan ini reda dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.

Dia juga percaya, apa yang berlaku dalam kehidupannya itu mempunyai hikmah tersembunyi.

“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.

“Insyaallah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini boleh saya jadikan bekal, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang Insyaallah jauh lebih baik lagi,” jelasnya.

Engku bersama Laudya dan Aleesya.

Laudya berharap penjelasan yang dibuat itu menjawab segala persoalan yang sering timbul berkaitan hubungan tersebut.

“Dan saya mohon maaf kalau ada kata-kata saya yang kurang berkenan, atau sikap saya yang kurang berkenan, saya perfuman sokongan dari teman-teman semua, dan mohon doanya,” katanya.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian sejak Oktober tahun lalu apabila Laudya membuang semua foto bersama suaminya di laman sosial Instagram.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Erra Fazira.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Hubungan Engku Emran Dan Laudya Cynthia Secara Rasmi Telah Berakhir. Ini Kenyataan Dari Laudya Selepas Bercerai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares