Hari Pertama Panggung Wayang Dibuka Setelah Berbulan Tutup. Ini Keadaan Terkini Pawagam Hari Ini

Pembukaan semula pawagam di sini mulai hari ini menerima sambutan hambar daripada orang ramai apabila tidak ramai hadir ke premis berkenaan yang menawarkan pelbagai filem untuk tontonan selepas hampir empat bulan ditutup sejak 18 Mac lalu.

Tinjauan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Indah, di sini, mendapati hanya segelintir pengunjung yang hadir bagi menonton filem yang ditayangkan hari ini.

Pihak pengurusan pawagam terbabit dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk menyediakan kaunter khas daftar masuk pelanggan selain memasang garisan khas dan penghadang laluan keluar masuk pelanggan.

PAWAGAM LENGGANG TIADA PENGUNJUNG

Pawagam lengang pada hari pertama dibuka kembali | Nasional ...

Jurucakap pawagam berkenaan berkata, sambutan orang ramai tidak memberangsangkan hari ini walaupun tidak dibuka hampir empat bulan.

Katanya, faktor pembukaan pada hari bekerja di samping kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta warga emas 60 tahun ke atas yang tidak dibenarkan masuk menyebabkan pelanggan yang dibenarkan memasuki premis itu semakin terhad.

“Kami akur SOP ketat yang ditetapkan adalah untuk keselamatan kesihatan pengunjung juga, namun ia tetap tidak akan mengubah pengalaman tontonan pelanggan yang dibenarkan masuk dan menonton.

“Rangkaian pawagam kami juga menawarkan harga tiket serendah RM5 bagi filem lama yang diulang tayang, RM8 bagi filem yang ditayangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, manakala RM16 bagi filem baharu, ” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilaporkan mengumumkan aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung dibenarkan dibuka semula di dewan tertutup sahaja bermula hari ini, tetapi kehadiran tidak boleh lebih 250 orang tertakluk saiz dewan serta perlu patuh SOP ditetapkan.

SOP ketat itu termasuk dari segi kawalan kemasukan pengunjung dengan kapasiti masih kekal 250 selain pemeriksaan suhu badan penonton.

Sementara itu, pengunjung, Kavita Saravanan, 39, berkata beliau terpaksa membatalkan niat untuk membawa tiga anaknya menonton filem hari ini berikutan anak bongsunya yang berusia sembilan tahun tidak dibenarkan masuk.

“Kami akur dengan SOP ditetapkan. Saya dan keluarga akan tunggu sehingga SOP dipermudahkan sebelum kembali ke pawagam, ” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Hari Pertama Panggung Wayang Dibuka Setelah Berbulan Tutup. Ini Keadaan Terkini Pawagam Hari Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*