
Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap bapa tirinya menerusi pesanan ringkas WhatsApp pada 15 Jun lalu.
Tertuduh, Mohamed Akhbar Hakim Jasman, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Mageswari.
AYAT YANG DIBERIKAN KEPADA BAPA TIRINYA
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamed Akhbar Hakim pada jam 8.45 malam di pusat beli belah di Bukit Bintang telah menakutkan secara jen4yah terhadap Ahmad Shahrizal Ibrahim, 43, dengan ugutan mahu menyebabkan kem4tian menerusi pesanan ringkas WhatsApp, “Papa ingat deh kalau adik ore m4ti ore gi pancung blako”.
Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa raya, Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Muhammmad Nor Izzat Nordin memohon jaminan antara RM2,000 hingga RM3,000 memandangkan ia sudah memadai bagi memastikan anak guamnya hadir di mahkamah.
Menurutnya, anak guamnya itu kini turut menjawat jawatan sebagai pengarah bagi tiga syarikat dan menguruskan urusan perniagaan ini bersama mangsa yang merupakan bapa tirinya.
Muhammad Aiman berkata, anak guamnya juga tidak berisiko untuk melarikan diri.
Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga selesai kes berkenaan.
Mahkamah turut menetapkan 7 Ogos depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes.
Komen Netizen
Sumber : Sinar Harian
Leave a Reply