TNB Nak Berjumpa Dengan Pelakon Saharul Ridzwan Tentang Isu Bil TNB Berjumlah RM1144 Ini Respond Shahrul Kepada TNB

PELAKON Saharul Ridzwan, 31, menolak untuk bersua muka dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menghubunginya dan ingin melakukan lawatan mesra bagi menjelaskan mengenai kenaikan mendadak bil elektrik seperti mana yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Menurutnya, walaupun ada penjelasan atau lawatan mesra dilakukan pihak pembekal elektrik itu, dia selaku masyarakat masih perlu membayar dan melunaskan bayaran kerana tidak ada pilihan lain.

Dia bagaimanapun menolak untuk berjumpa dan melunaskan bayaran seperti mana yang tertera di dalam bil yang mencecah sehingga RM1,144.75 itu.

“Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya.

a man in a blue shirt: SAHARUL RIDZWAN

“Tapi, kalau jumpa pun saya masih perlu melunaskan bayaran. Lainlah kalau selepas lawatan mesra dan diberikan penjelasan, saya akan terima potongan dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah pelakon drama bersiri Korban Kasih itu lagi, dia juga sudah menerima penjelasan daripada operator daripada TNB.

“Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak marah kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,” katanya.

Saharul sebelum ini meluahkan rasa terkejut dan terkilan apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi yang sebelum ini, hanya sekitar RM400 ke bawah, mencecah sehingga RM RM1,144.75.

Satu lagi kejutan buatnya adalah apabila dia masih perlu membayar bil elektrik di rumah barunya di Cyberjaya, yang belum diduduki dan belum dibekalkan dengan bekalan elektrik.

Isu sama turut dihadapi ramai masyarakat yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati apabila bil elektrik di kediaman masing-masing naik dengan mendadak.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "TNB Nak Berjumpa Dengan Pelakon Saharul Ridzwan Tentang Isu Bil TNB Berjumlah RM1144 Ini Respond Shahrul Kepada TNB"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*