Bekas Isteri Ude, Intan Salleh Jumpa Pasangan Yang Lebih Kacak Dari Bekas Suami Dia Dulu. Gambar Lelaki Tersebut Didedahkan

Bekas isteri pemuzik Ude Wahid, Intan Salleh kembali menjadi perhatian apabila memuat naik fotonya bersama seorang jejaka.

Menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya, Intan turut mendedikasikan nukilan khas buat jejaka itu.

“Sesuatu hubungan itu terjalin bukan kerana anda mengenali seseorang dalam jangka masa yang panjang, ia tentang siapa yang masuk ke dalam hidup anda dan berkata ‘saya di sini untuk awak’ dan berjaya buktikannya! Saya ketawa sedikit besar, menangis sedikit dan senyum banyak kerana awak. Terima kasih kawan!” katanya.

Dedikasi khas Intan yang membahasakan dirinya sebagai Bonda terhadap jejaka itu telah menimbulkan andaian dan persoalan daripada pengikutnya yang merasakan dia sudah menemui pengganti.

“Ya Allah , jodohkan lah kawan Bonda ni dengan Bonda.

“Wow lagi handsome dari sebelum ni.

“Allah gantikan yang lebih herlok dari sebelm ni, semoga dipermudahkan Bonda,” komen antara pengikutnya.

Pun begitu, Intan tidak berdiam diri dan tampil menjawab persoalan mereka.

“Hehehe terima kasih semua..terima kasih komen…but we’re just friend… doakan Bonda bertemu jodoh ya…hehehehhe,” jawabnya.

Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.

Intan sempat bermadu selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 secara tutup tanpa kehadiran media.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Bekas Isteri Ude, Intan Salleh Jumpa Pasangan Yang Lebih Kacak Dari Bekas Suami Dia Dulu. Gambar Lelaki Tersebut Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares