PU Syed Tampil Beri Komen Tentang Kenyataan Fynn Jamal Yang Sedikit Mengelirukan Sesetengah Pihak

Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri tampil memberi penjelasan mengenai isu rogol yang kini sedang ‘panas’ diperkatakan di media sosial.

Semuanya gara-gara kenyataan penyanyi Fynn Jamal yang didakwa netizen mengelirukan.

Antara yang menjadi perhatian termasuklah pandangan mengenai mengapa syahwat lelaki perlu dilempias.

Fynn berpendapat dalam satu ceramah oleh seorang Ustaz, dia pernah menerangkan ‘sp3rma’ adalah daripada elemen api.

“Selagi tidak dipadam seorang lelaki itu tidak boleh fikir, tak mampu lega tak mampu bertenang. Isteri kena faham kenapa pentingnya menjadi ‘bomba’ kepada sang suami,” katanya menerusi Instagram Story.

Menjawab pada kenyataan berkenaan, PU Syed berkata, isu rogol ini ada kebenarannya tidak kira yang kena itu bertudung atau tidak.

“Ini kerana¬† syaitan dan nafsu tak kenal siapa untuk mereka ajak melakukan kejahatan.

“Isu kejahatan yang berlaku dalam segenap segi kadang juga berlaku disebabkan faktor yang lain seperti terpengaruh dengan media yangg menjerumuskan semangat orangg melakukan kejahatan.

“Tentang isu air ‘m4ni’ tu ada unsur api, ianya bertentangan dengan ayat Allah dalam surah al furqan ayat 54 yang bermaksud dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan) dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya),” katanya kepada Gempak.

Tambahnya, walaubagaimanapun jika yang maksud unsur api itu adalah dari nafsu itu adalah yang lebih tepat.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "PU Syed Tampil Beri Komen Tentang Kenyataan Fynn Jamal Yang Sedikit Mengelirukan Sesetengah Pihak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares