Cik B Baru Nak Pakai Braces Untuk Cantikkan Gigi Tetapi Bila Baca Komen Ini Terus Cik B Tak Jadi Pakai

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 15, ini mempunyai peminatnya tersendiri.

Cik B sering menggunakan platform media sosial terutama Twitter untuk berinteraksi bersama peminat.

Terbaharu, Cik B ada meminta pendapat dari kalangan pengikut mengenai pendakap gigi (braces).

CIK B TANYA SOALAN TENTANG BRACES KEPADA NETIZEN

Cik B Batal Niat Pakai 'Braces' Gara-Gara Jawapan Netizen -

“Pakai braces sakit tak?” tanya Cik B.

Rata-rata warganet berkongsi pengalaman dengan meluahkan kesakitan yang dirasai mereka sepanjang memakai braces.

“@softieygh: Mula-mula sakit. Dekat dua minggu tak boleh makan. Makan bubur je boleh. Lama-lama dah tak sakit, tapi setiap kali temu jani doktor ketatkan and tukar wire, sakit lagi.

“@@ubi_fries: Masa pakai tu tak sakit tapi lepas pakai sakit dia Yaallah nak makan roti pun tak lepas Face with tears of joy. Nak pantang makan pun kira-kira dua minggu jugak la lepastu baru boleh makan sikit kunyah perlahan. Tapi memang terseksa lah pakai mula-mula tapi nanti lama-lama pakai tak sakit dah.

“@themorethemari1: Minggu pertama tu ada nangis gara-gara stok panadol kat rumah habis sebab tak tahan sakit,” antara komen-komen yang ditulis.

Disebabkan majoriti berkata sakit, Cik B lantas mengubah pemikirannya untuk tidak memakai.

“Bila dah baca reply tiba-tiba terbatal niat nak pakai braces,” tulisnya lagi.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Cik B Baru Nak Pakai Braces Untuk Cantikkan Gigi Tetapi Bila Baca Komen Ini Terus Cik B Tak Jadi Pakai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*