Adakah KWSP Akan Teruskan Pengeluaran Bermula Umur 65 Tahun. Pihak KWSP Tampil Beri Penjelasan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tiada perancangan untuk menaikkan had umur bagi membuat pengeluaran penuh simpanan daripada umur 55 kepada 65 tahun, seperti dicadangkan Bank Dunia.

Dalam satu kenyataan, KWSP memaklumkan tiada perbincangan mengenai cadangan Bank Dunia itu dibuat dengan mana-mana pihak.

KWSP turut memberi jaminan sentiasa berhati-hati dan membuat kajian terperinci dan akan berbincang dengan pencarum serta pihak berkepentingan lain, sebelum membuat sebarang dasar baharu.

“KWSP mengambil maklum cadangan Bank Dunia untuk menaikkan had umur ahli bagi membuat pengeluaran penuh simpanan dalam Akaun 1 dan 2 daripada umur 55, kepada 65 tahun secara berperingkat.

“KWSP ingin memaklumkan kepada ahli bahawa pada ketika ini, tiada sebarang perbincangan diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur bagi pengeluaran itu.

“KWSP juga menekankan bahawa ia sentiasa mengambil langkah secara berhemat dalam menetapkan sebarang dasar penting, termasuk menjalankan kajian mendalam dan mengadakan rundingan bersama ahli serta pihak berkepentingan lain.

“Langkah ini bertujuan memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat KWSP,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Semalam, Bank Dunia dilaporkan mencadangkan supaya had umur minimum pengeluaran simpanan KWSP dinaikkan ke 65 tahun secara beransur-ansur.

Cadangan itu bagi memastikan simpanan pencarum boleh bertahan dalam jangka masa yang lebih lama berbanding ketika ini.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Adakah KWSP Akan Teruskan Pengeluaran Bermula Umur 65 Tahun. Pihak KWSP Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*