Datuk Lee Chong Wei Akhirnya Buka Mulut Bahawa Dia Pernah Kena ‘Tipu’ Dengan Rakan Sendiri Selepas Pulang Dari Olimpik

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah banyak mengharumkan nama negara di pentas dunia dan menjuarai beberapa pertandingan besar. Antara salah satu pertandingan yang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia ialah pada kejohanan sukan Olimpik.

Menerusi laman rasmi Instagramnya, dia menceritakan pengalaman bertanding selama 16 tahun iaitu sebanyak 4 kali beraksi di pentas Olimpik. Dia begitu kecewa kerana tidak mampu untuk membawa pulang pingat emas untuk Malaysia.

Ingat lagi sukan Olimpik pertama

Olimpik adalah acara sukan utama bagi setiap atlet. Sukan Olimpik pertama saya pada tahun 2004 semasa berusia 22 tahun, mewakili Malaysia dalam acara perseorangan lelaki bersama dengan Roslin dan Choong Hann. Saya bernasib baik kerana ianya berlangsung di Athens, tempat kelahiran Olimpik. Rasanya tidak seperti kejohanan lain yang saya sertai sebelumnya. Saya menyedari ini bukan lagi mengenai saya, tetapi 30 juta rakyat Malaysia yang berada di belakang saya. Sukar untuk digambarkan.

Tidak, saya tidak dapat berhadapan dengan pilihan utama Lin Dan. Dia tewas pada pusingan pertama. Saya tidak dapat menewaskan Cheng Hong pada pusingan kedua. Taufik mengambil Emas dengan persembahannya yang tidak masuk akal.

Masih segar diingatannya pertama kali mewakili Malaysia untuk bertanding di pentas Olimpik pada tahun 2004 ketika berusia 22 tahun bersama-sama jaguh badminton negara yang lain iaitu Roslin Hashim dan Choong Hann.

Walau bagaimanapun, dia terkandas di pusingan kedua ketika menentang wakil China, Cheng Hong.

16 tahun Olimpik, 3 pingat perak

Sejak itu, saya rasa semua tahu apa yang berlaku. 3 pingat perak Olimpik. Begitulah, 16 tahun hidup saya. Saya masih ingat setiap perlawanan yang saya mainkan. Semuanya terasa seperti semalam.

Saya merasa sangat menyesal kerana gagal berdiri di podium tertinggi. Saya masih merasakannya. Tiga pingat perak di Sukan Olimpik ke-4. Dalam foto itu, anda dapat melihat kehidupan 12 tahun saya dengan darah dan air mata, dan saya telah melakukan yang terbaik untuk sukan badminton kegemaran saya.

Selama 4 kali menyertai pertandingan Olimpik, dia hanya mampu merangkul 3 kali berturut-turut pingat perak. Dia sungguh kecewa kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas kepada rakyat Malaysia yang menyokong penuh dirinya selama ini. Namun, segala pengorbanannya dalam sukan badminton telah disempurnakan dengan baik.

Cheh! Kena kencing

Kisah sampingan: Beberapa minggu setelah kembali dari Rio 2016, saya lepak minum teh tarik dengan rakan media. Dia berkata, “Takpe la Chong Wei, jangan sedih. You tau tak you atlet international yang pegang Olimpik perak paling banyak dalam sejarah Olimpik!”. Hati saya tersenyum sedikit dan cepat googled dan memeriksa fakta ketika saya pulang ke rumah, memikirkan sekurang-kurangnya suatu yang betul? Cheh! Kena kencing. Sepuluh pun tidak! Kena monopoli oleh atlet gimnas dan atlet renang.

Dia turut menceritakan kembali selepas dia pulang dari Olimpik di Rio 2016, dia bertemu dengan rakan media. Rakannya memberitahu bahawa dia tidak perlu rasa bersedih kerana dia merupakan salah seorang atlet Olimpik yang berjaya merangkul pingat perak paling banyak dalam sejarah.

Kenyataan rakannya itu membuatkan dia berasa lega kerana telah mencatat suatu yang terbaik. Namun, selepas dia pulang dan membuat kajian di internet, namanya tiada dalam senarai atlet yang memenangi pingat perak paling banyak. Dia telah ditipu oleh rakannya untuk menenangkan diri.

Sumber: Lee Chong Wei via OH BULAN

Be the first to comment on "Datuk Lee Chong Wei Akhirnya Buka Mulut Bahawa Dia Pernah Kena ‘Tipu’ Dengan Rakan Sendiri Selepas Pulang Dari Olimpik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*