Hos RTM Semua Pakai Baju Sekolah Hari Ini. Cantik Cantik Semuanya

Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) seluruh Malaysia mencuri perhatian apabila mengenakan pakaian seragam sekolah sebagai tanda sokongan kepada pelajar sekolah menengah yang memulakan persekolahan mereka hari ini.

Menerusi laman YouTube, pihak RTM berkongsi sedutan berita pembacanya mengenakan pakaian seragam sekolah untuk tontonan umum.

“Warga RTM di seluruh negara mengenakan pakaian sekolah,” tulis pengendali akaun terbabit sebagai kapsyen video.

Menerusi sedutan tersebut, idea kakitangan RTM termasuk wartawan, kru penerbitan, editor dan pembaca berita mengenakan pakaian seragam adalah untuk memberikan impak positif kepada masyarakat.

Menurut Pengarah Berita Ehwal Semasa, Saifuzzaman Yusop, keseragaman semua kakitangan RTM termasuk di Sabah dan Sarawak menunjukkan sokongan penuh kepada semua warga pendidik dan pelajar.

Tunjuk Sokongan Pada Pelajar, Semua Kakitangan RTM Pakai Baju Sekolah

“Rata-rata kakitangan juga mempunyai anak-anak yang bersekolah jadi ini adalah salah satu usaha kami untuk mengucapkan terima kasih kepada ribuan pelajar yang setia menanti sekolah dibuka sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP diadakan,” jelasnya.

Hasil tinjauan Gempak di Facebook, rata-rata wargamaya terhibur dan turut sama memberikan sokongan kepada para pelajar yang mula bersekolah.

“Nanti 1 Julai jangan lupa pakai baju tabika kemas ye,” usik seorang wargmaya.

“Menarik, kreatif je guna tema kembali ke sekolah,” puji seorang wargamaya.

“Comel je. semangat adik-adik nak pakai baju sekolah,” kata seorang wargamaya.

“Selamat kembali bekerja kepada semua guru-guru,” komen seorang wargamaya lagi.

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "Hos RTM Semua Pakai Baju Sekolah Hari Ini. Cantik Cantik Semuanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*