Dulu PU Abu Kena Kecam Sebab Buat TikTok. Kali Ini Dia Pula Bersuara Tentang Faceapp Yang Viral

JIKA sebelum ini kecoh mengenai #Lathichallenge, kini aplikasi FaceApp yang mengubah wajah seseorang kepada jantina bertentangan pula menjadi trend dalam kalangan netizen di laman sosial.

Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan meluahkan rasa bimbang melihat ramai netizen melakukan trend tersebut walaupun sudah diketahui hukumnya adalah haram.

Pendakwah bebas itu juga berharap anak-anaknya iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen serta Muhammad Adam Aysar tidak melibatkan diri dengan pengaruh media sosial yang merosakkan.

Ketika PU Abu dikecam sebab buat Tiktok

“Mateen terkejut dan tak mampu berkata-kata apabila tahu warganet sibuk mempromosikan dirinya lelaki sebagai perempuan dan perempuan sebagai lelaki walaupun mereka mengetahui hakikat hukumnya adalah haram.

“Moga anak-anak aku tak terlibat dengan pengaruh dunia yang merosakkan,” tulis PU Abu menerusi Instagram miliknya.

PU Abu turut berkongsi video dia menjelaskan hukum menukar wajah menggunakan aplikasi tersebut adalah haram dan meminta netizen agar berhenti melakukan cabaran tersebut.

PU Abu berharap anaknya tidak terlibat dengan pengaruh dunia yang merosakkan.

Segelintir selebriti turut tidak terlepas mengikuti trend menggunakan aplikasi berkenaan.

Dalam pada itu pemilik nama Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi mengimbau semula ketika dia dikecam gara-gara membuat video aplikasi TikTok disebabkan statusnya sebagai PU.

Menurut PU Abu, perkara yang haram itu sememangnya tidak boleh dilakukan walaupun individu tersebut mempunyai status tertentu dalam masyarakat.

“Aku teringat masa aku dikecam buat video TikTok, katanya aku tak boleh buat TikTok sebab ‘PU’. Tapi apabila datang #lathichallenge dan #faceapp tukar jantina berapa ramai orang yang buat.

“Dapat sambutan, langsung tak ada common sense pada benda haram. Hukum agama ini tak terikat pada latar belakang diri kita, kita artis ke, PU ke, pemimpin negara ke… kalau sesuatu itu haram maka haram untuk kita.

“Jangan double standard hukum Tuhan dan berhenti promosi benda haram! Sekadar nasihat yang datang dari hati insan yang penuh dengan dosa. Sebarkan! Moga boleh jadi pedoman buat semua,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Dulu PU Abu Kena Kecam Sebab Buat TikTok. Kali Ini Dia Pula Bersuara Tentang Faceapp Yang Viral"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*