Noorkhiriah Dedahkan Dia Kena Sepak Terajang Dan Kena Hantuk Kepala

Pelakon Noorkhiriah akui berlakon bukan hanya mahu dilihat cantik di hadapan kamera sebaliknya dia mendedahkan sebagai pelakon turut terlibat dengan aksi disepak dan terajang.

Menurut Noorkhiriah sebagai pelakon dia perlu bersedia diperlakukan apa sahaja asalkan tidak membahayakan nyawa.

“Sepak terajang mainan kami dik, bukan setakat feeling rambut kepok-kepok dan pakai bulu mata..

“Kalau belum bersedia nak kena lanyak, fikir masak-masak kerana keja ni amanah. Bukan setakat nak melawa memanjang..

“Kadang-kadang tidak lah indah macam yang korang tengok dalam TV. Bila akak dah mletakkan diri akak dalam bidang ini..maka bsedialah untuk jadi apa sekalipun asalkan nyawa tak kena tembak..,” katanya.

Noorkhiriah berkongsi pengalaman lakonannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman gideo beberapa babak drama Nur2 yang dilakonkannya beraama Azhan Rani.

Dalam babak tersebut, Azhan telah menyepak terajang Noorkhiriah ketika di dalam bilik.

Dalam masa yang sama, Noorkhiriah tetap memuji lakonan Azhan dan bertuah kerana mereka dapat digandingkan sekali lagi.

“Terima kasih partner Azhan Rani sebagai Ustaz Madi. Tak kan aku lepaskan peluang bekerja dengannya.

“Ibarat macam main bola..ada sepak,ada terajangnya..tak semua partner sepak dan terajangnya menjadi..

“Syukur Alhamdulilah dengan Ustaz Madi senang cerita, tak payah pening-pening perah kelapa sampai jadi santan,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum melihat hasil kerja mereka dan dilihat aksi tersebut seperti ‘real’.

BABAK DRAMA NUR YANG TELAH ‘DIPOTONG’

View this post on Instagram

Sepak terajang mainan kitaorg dik..bukan takat feeling rambut kepok2,pakai bulumata..kalu lom ready nak kena lanyak..baik fikir masak2..keja ni Amanah..bukan takat nak lawo memanjang..kdg2 tkdelah Indah mcm yg korang tgk dlm tb..bila akak dah mletakkan diri akak dlm bidang ini..maka bsedialah tuk jadi apa sekalipun asalkan nyawa tk kena tembak..btw mkasih partner #ustazmadi @azhan_rani..takkan koi lepaskan peluang bkeja dgn beliau..sparing sgt penting..ibarat mcm main bola..ada sepak,ada terajangnya..tk semua partner sepak & terajangnya menjadi..Syukur Alhamdulilah dgn #ustazmadi senang cite..tkyah pening2 nak perah kelapa sampai jadi santan😎Mkasih abg @budakijat @radius.one menyatukan kami😘

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Noorkhiriah Dedahkan Dia Kena Sepak Terajang Dan Kena Hantuk Kepala"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*