Anak Aliff Syukri Cedera Di Rumah. Dato Aliff Ceritakan Bagaimana Perkara Ini Boleh Berlaku

Anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri, Yusoff Al-Qardawi cedera di bahagian paha selepas tersepit di mesin treadmill.

Menurut Aliff, ketika kejadian anak perempuannya, Qadejah El Zahra sedang menggunakan mesin larian tersebut.

“Ketika kakaknya sedang guna untuk berlari, Yusoff datang dan terjatuh. Itu yang dia tersepit ketika treadmill berpusing.

“Saya memang terkejut ketika itu, sebab kulit dia macam melepuh. Terus saya bergegas bawa ke klinik,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Menurut Aliff, kejadian tersebut berlaku ketika mereka sekeluarga berada di Sugeh Hill Resort, Janda Baik, Pahang.

“Sebenarnya insiden itu berlaku tiga hari lalu. Memang teruk keadaannya pada mulanya, sebab macam ada keluar nanah.

“Sampai Yusoff pun susah nak berjalan, tapi, syukur sekarang ini keadaannya semakin baik,” jelasnya.

Terdahulu, sekeping foto yang memaparkan keadaan kaki Yusoff di akaun Instagram miliknya mencuri tumpuan netizen.

“Doakan Yusoff cepat sembuh ya semua…kaki Ucop tersepit dekat mesin treadmill.

“Mama dah sapukan dengan gel aloe vera AS Legacy…semoga kaki saya cepat baik,” tulisnya.

Rata-rata terkejut melihat keadaan kaki Yusoff yang cedera selepas dikatakan tersepit di alat senaman tersebut.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Anak Aliff Syukri Cedera Di Rumah. Dato Aliff Ceritakan Bagaimana Perkara Ini Boleh Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*