Sheila Rusly Dedahkan Sesuatu Tentang Suaminya Jinggo Yang Orang Tidak Tahu Pada Hari Bapa Yang Lalu

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mendedikasikan penghargaan buat suaminya, Jinggo sempena sambutan Hari Bapa semalam.

Dedah Sheila, meskipun sudah 24 tahun mendirikan rumah tangga, Jinggo masih komited dan mengambil berat tentang pelbagai perkara dalam kehidupan seharian anak-anaknya.

“24 tahun sambut hari bapa tapi awak masih kejutkan anak solat subuh, masih call anak ingatkan mereka untuk solat, sanggup tinggal kerja untuk anak.

“Sampai sekarang, nampak kereta anak awak basuhkan, rosak tolong baiki, kasut anak kotor awak bersihkan, basah dijemurkan, tu tak termasuk duit yang awak dah belanjakan,” tulis Sheila di Instagram.

Dalam pada itu, Sheila turut merasakan jasa dan pengorbanan Jinggo sebagai seorang bapa tidak dapat diungkap dalam tempoh satu hari.

“Saya rasa satu hari tak cukup untuk menggambarkan betapa istimewanya awak sebagai seorang bapa, sebab awak sangat menakjubkan setiap hari dalam setiap tahun! Happy Fathers Day Tok Sidang,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Sheila meninggalkan komen mengatakan mereka tersentuh membaca kata-kata manis yang ditulis Sheila itu.

Tidak kurang juga beberapa teman industri, antaranya Ayda Jebat, Alif Satar dan Nabila Huda.

View this post on Instagram

Umur dah 54 pun handsome🥰 24 tahun celebrate Father’s Day tapi u masih kejutkan anak solat subuh. U masih call anak remind them to solat. U sanggup tinggalkan kerja pasal anak. Sampai sekarang nampak kereta anak kotor u basuhkan rosak u repairkan. Kasut anak kotor u bersihkan, basah u jemurkan. Tu tak termasuk duit yg u dah belanjakan. 1.Duit hospital anak 2.Duit sekolah & kolej anak 3.Duit poket anak 4.Duit makan & minum anak 5.Duit letrik, air, wifi anak 6.Duit gaji bibik jaga anak 7.Duit holiday dengan anak Tak termasuk duit belanja kahwin anak (kalau ada jodoh) So.. i rasa 1 day is not enough to honour how special of a father u are b’coz u are AMAZING everyday of the year babe!! Happy father’s day Tok Sidang We love you!! Bergenang pulak airmata ni tiberrrrr..😢@jinggo_jspictures #fathersday #theloveofmylife #sentiasabersyukur #alhamdulillah @uzairhaqimy69 @luthmikhail20

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

Untuk rekod, Sheila dan Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak iatu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Be the first to comment on "Sheila Rusly Dedahkan Sesuatu Tentang Suaminya Jinggo Yang Orang Tidak Tahu Pada Hari Bapa Yang Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*