Semua Patut Contohi Jep Sepahtu. Apa Yang Dia Buat Untuk Menjaga Aurat Isteri Dia Patut Diberi Pujian

Jep merupakan bekas anggota kumpulan lawak, Sepah yang telah menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009.

Perpecahan kumpulan Sepah membawa kepada penubuhan kumpulan baharu dinamakan sebagai ‘Sepahtu’ yang turut dianggotai Shuib, Rahim dan Ilya (Pak Ya).

Baru-baru ini, pelawak dan penyampai radio Sinar ini telah mengumumkan isterinya iaitu pelakon Sariyanti telah selamat melahirkan anak kedua mereka.

Untuk kelahiran kedua ini, psangan ini dikurniakan seorang anak lelaki. Sudah semestinya Jep merupakan orang yang paling gembira kerana telah memiliki sepasang anak lelaki dan perempuan. Sariyanti pula telahpun mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya sebelum ini.

TUTUP AURAT ISTERI JEP SEPAHTU

Berkongsi sekeping gambar bersama keluarga bagi meraikan sambutan hari bapa pada hari ini, Jep merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri serta anak-anak kerana sudi meraikan beliau.

Jep kelihatan sedang mendukung anak lelaki beliau Khidir yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari yang lalu. Menarik perhatian apabila gambar yang dimuatnaik Jep itu menutupi bahagian aurat isterinya yang secara tidak sengaja terdedah ketika gambar tersebut diambil.

Ramai netizen mula memberi pujian kepada Jep Sepahtu kerana menjaga ‘maruah’ dan ‘aib’ isteri di media sosial.

Rata rata memberitahu bahawa selebriti lain sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Jep Sepahtu.

Jika dilihat pada akaun instagram @sariyanti gambar sebenar dimuat naik oleh Sari Yanti dan ketika itu baru aurat ditutup penuh.

Tahniah Jep .. anda bukan sahaja kelakar tetapi seorang insan yang bertanggung jawab. Selamat Hari Bapa JEP !

Artikel By: TOAL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Artikel By Teh O Ais Limau tidak dibenarkan untuk disalin semula tanpa kebenaran. 

 

Be the first to comment on "Semua Patut Contohi Jep Sepahtu. Apa Yang Dia Buat Untuk Menjaga Aurat Isteri Dia Patut Diberi Pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*