Rupanya Sebelum Hilang, Kapal Yang Bawa 300 Orang Pelarian R0HlNGYA ‘Menyorok’ Di Pulau Ini

KAPAL membawa kira-kira 300 pelarian R0hing-ya yang didakwa berselindung di Pulau Koh Adang, Laut Andaman di selatan Thailand sebelum ini, kini gagal dikesan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, kapal berkenaan tidak lagi dikesan berada di pulau berkenaan.

“Setakat ini tidak pasti di mana kapal itu berada, kemungkinan ia berpatah balik menuju ke Myanmar atau Bangladesh.

“Bagaimanapun pemantauan dan pemeriksaan akan dijalankan bagi mengesan warga asing yang dibawa masuk melalui perairan negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 10 Jun, kapal berkenaan didapati berselindung di sebalik pulau berkenaan iaitu kira-kira 26 batu nautika dari Pulau Langkawi.

Difahamkan, kapal yang dikendalikan sindiket penyelvdupan pendatang terbabit sudah berada di perairan Thailand sejak empat bulan lalu selepas bertolak dari Cox Bazar, Bangladesh pada Februari lalu.

Mereka didapati berselindung di belakang Pulau Koh Adang dan dipercayai sedang menyusun strategi untuk masuk semula ke perairan negara.

Sebanyak dua kapal yang membawa pelarian ini bergerak pada Februari lalu, namun salah satu kapal mengalami masalah enjin dan bocor di perairan Malaysia 8 Jun lalu.

Sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Be the first to comment on "Rupanya Sebelum Hilang, Kapal Yang Bawa 300 Orang Pelarian R0HlNGYA ‘Menyorok’ Di Pulau Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*