Pertama Kali Dalam Malaysia, Perdana Menteri Beri Elektrik Percuma. Tetapi Bukan Itu Sahaja Yang Rakyat Akan Dapat

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Dato’ Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan yang Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.

Langkah ini untuk mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh PKP dan seramai 7.66 juta pengguna bekalan elektrik bakal menerima manfaat dari Bantuan Prihatin Elektrik ini.

Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

Bil Elektrik PERCUMA Untuk Bil Bawah RM77

Bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan kepada 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah.

Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau bersamaan RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Diskaun Tambahan 8%

Kerajaan juga memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.

Mereka akan menikmati diskaun tambahan 8% menjadikan 10% sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September — berbanding hanya 2% yang dinikmati sejak April 2020. Jumlah pengguna yang terlibat ialah seramai 916,000 orang atau 12% daripada keseluruhan pengguna domestik.

Tunda Aktiviti Potong Bekalan Elektrik

Kerajaan juga mengumumkan yang TNB bersetuju untuk menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan.

Kami yakin yang pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik terbaru kerajaan ini disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

VIDEO pengumuman menteri 

 

Sumber: RK | Video: BH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*