Pengacara Yang Dedahkan Sugu Pavithra Minta RM10 Ribu Untuk Sejam Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

PENGACARA Anim Ezati Rizki menerima kecaman netizen gara-gara luahannya mengenai bayaran tidak masuk akal sebanyak RM10,000 yang diminta oleh Youtuber Sugu Pavithra untuk tampil di sebuah program masakan berdurasi satu jam.

Menjelaskan situasi sebenar, Anim berkata projek tersebut tiada kaitan dengan mana-mana stesen televisyen dan dia tidak pernah mendesak YouTuber itu untuk menerima tawaran tersebut.

“Dua benda korang kena tahu sebelum nak serang saya. Saya bukan dari stesen televisyen seperti yang didakwa. Saya telefon wakil dari syarikat saya untuk content YouTube client saya. Saya tak pernah paksa dia untuk terima kerja ni.

“Ceritanya, saya telefon Pavithra dua kali sahaja. Satu kali Mr Sugu angkat, dia cakap Pavithra tak ada. Yang kali kedua, Pavithra ada.

“Kemudian saya sampaikan hasrat nak ambil dia sebagai talent. Dia cakap rate dia RM10,000 untuk satu jam. Saya cakap tu dah overbudget pada client saya. Kemudian kami tamatkan perbualan,” katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, Sugu Pavithra menafikan dakwaan pihaknya menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam seperti yang didakwa pihak berkenaan.

Pasangan ini memberitahu mereka sebolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen.

Dalam pada itu, Anim berkata tindakannya memuat naik status mengenai bayaran itu di Instagram adalah sekadar untuk berkongsi luahannya dengan pengikut.

“Jadi saya buat status di Instagram. Itu yang mendatangkan kemarahan orang ramai sebab saya sebut nama dia. Saya minta maaf pasal itu.

Anim jelaskan situasi sebenar di laman Twitter.

“Tapi apa salahnya kalau rate dia RM10,000? Orang tak mampu macam saya, carilah talent lain. Kan? Itu hak dia dan saya rasa hak saya juga untuk naikkan status itu,” ujarnya.

Sementara itu, pengacara program Malaysia Hari Ini (TV3) memberitahu dia sudah menghubungi Pavithra dan membuat permohonan maaf di atas salah faham tersebut.

“Saya hubungi dia pagi ini, minta maaf dan tanya kenapa dia buat kenyataan sebegitu (cakap saya paksa dan sebagainya).

“Pavithra pun minta maaf kepada saya, sebab kenyataan itu salah. Suami dia, Mr Sugu yang bagi kenyataan tu. Jadi dia akan betulkan semula dakwaan.

“Stesen televisyen yang nak shoot dia dengan saya adalah dua entiti yang berbeza. Dia keliru tentang itu. Itu sahaja. Sekian jangan marah-marah lagi,” katanya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Be the first to comment on "Pengacara Yang Dedahkan Sugu Pavithra Minta RM10 Ribu Untuk Sejam Tampil Jelaskan Cerita Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*