Muka Wani Kayrie Hitam Jadi Kecaman Netizen. Ini Respond Balas Syarikat Rakaman Wani

Syarikat rakaman yang menaungi penyanyi Wani Kayrie, Suria Records (SRC) tampil membuat permohonan maaf ekoran isu video Tik Tok Wani yang menerima kecaman ramai.

Dalam video itu, Wani menari memaparkan wajahnya dicat hitam dipercayai hasil solekan dalam sebuah drama lakonannya.

Menurut pihak SRC, video tarian yang dikongsi Wani itu tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti perkauman.

Terima Kecaman Selepas Muat Naik Video Berwajah Hitam, Wani Kayrie Beri Penjelasan

“Video itu tidak sama sekali bermaksud untuk mempersendakan mana-mana kaum, ia hanya sebuah video Wani menari yang masih memakai solekan daripada watak dalam drama Dayang Senandung,” tulis pihak SRC.

Kenyataan itu juga telah dikongsi Wani menerusi entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Wani turut memohon maaf dan berharap agar silap faham mengenai isu ini tidak terus menular.

Here I clarify for the misunderstandings that has caused an uproar on social media platforms due to my recent Tiktok Video. My apology from me myself and my management team to prevent further misunderstandings between all. Spread positivity.  #DayangSenandung – Wani Kayrie

“Di sini saya ingin menjelaskan tentang silap faham dan kekecohan yang berlaku di media sosial ekoran video TikTok terbaru saya.

“Saya memohon maaf bagi pihak diri sendiri dan pihak pengurusan, ini adalah untuk mengelakkan salah faham daripada terus menular,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berikut disertakan permohonan maaf rasmi dari pihak SRC dan perkongsian Wani di Instagram.

Sumber : GEMPAK

Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*