Kanak Kanak Ini Positif C0VlD19 Selepas Bermain Dengan Selimut Di Tadika

Seorang kanak-kanak lelaki di China disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai bermain selimut milik seorang kanak-kanak perempuan yang dijangkiti wabak maut itu.

10 minit main selimut

Menerusi laporan yang dipetik daripada Mirror UK, kanak-kanak lelaki  yang berusia 2 tahun itu dipercayai dijangkiti setelah ibunya yang juga merupakan seorang guru tadika telah membawanya ke kelas. Setibanya di sana iaitu pada 11 Jun 2020, mangsa menghabiskan masanya selama 10 minit untuk bermain dengan selimut kepunyaan salah seorang pelajar perempuan di tadika berkenaan yang telah dijangkiti Cov-19.

Malangnya, beberapa hari selepas itu kanak-kanak lelaki terbabit sudah menunjukkan simptom-simptom wabak termasuklah mengalami demam ringan. Pada 15 Jun 2020, Suruhanjaya Kesihatan Provinsi Hebei telah mengesahkan mangsa sudah dijangkiti Covid-19.

Dijangkiti daripada bapa dan nenek

Menurut sumber, kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun iaitu pemilik selimut berkenaan merupakan antara empat ahli keluarga yang sama dan telah disahkan positif pada 14 Jun 2020 yang lalu.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu bersama ibunya dijangkiti daripada bapa dan neneknya yang bekerja sebagai pembekal di Pasar Xinfadi yang terletak di daerah Fentai Beijing.

Sumber: Mirror UK via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Kanak Kanak Ini Positif C0VlD19 Selepas Bermain Dengan Selimut Di Tadika"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*