Elfira Loy Rasa Diri Tidak Berguna Dan Bodoh. Apa Yang Terjadi Betul Buat Elfira Rasa Sangat Lemah

Pelakon Elfira Loy, 26, meluahkan rasa sedih dan kesal selepas putera sulungnya, Muhmmad Rayyan Khalaf telah mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katilnya (cot).

Menurut Elfira, walaupun tidak jatuh dari ketinggian yang tinggi namun disebabkan terhantuk kelihatan benjolan besar di bahagian dahi.

“Beberapa hari yang lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.

“Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi nilah realiti.

“Jadi, pada suatu hari Rayyan hanya berada di sebelah saya main main macam biasa di katilnya. El pulak tengah kemas baju dekat laci dia.

“Kemudian El rasa macam Rayyan nak tarik baju El tapi dia terhantuk kat laci dan jatuh dalam laci nasib baik tak tinggi sebab El bukak laci tu dan El sempat pegang dia tapi saya nampak benjol besar di dahinya berwarna biru.

Anak Jatuh Dari Katil & Benjol Di Dahi, Elfira Loy Kecewa Dengan Diri Sendiri,

“Saya gementar dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni,” tulisnya di Instagram (IG).

Disebabkan terlampau panik, pelakon drama Tentang Bulan The Series terus menghubungi suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar untuk segera pulang ke rumah.

“Dan saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak.

“Macam nak give up dah sebab hari-hari rasa gementar takut benda ni jadi dan akhirnya dah jadi.
Omg takut. Nasib baik suami saya menenangkan saya. Terima kasih sayang.

“Dia (suami) memeriksa dengan rakannya, seorang doktor. Dia cakap takde pape cuma tuam dengan ais untuk mengurangkan lebam dan saiz bengkak. Selepas itu, El tuam je blow kat kain dan letak kat kepala dia,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut mengingatkan kepada golongan ibu bapa supaya terus ke hospital sekiranya bayi muntah selepas terjatuh.

“Sekiranya ini terjadi kepada bayi anda, kalau muntah terus bawa bayi ke hospital. Tapi, dia baik-baik saja. Mama je panik. Budak kuat saya @muhamadrayyankhalafofficia.

“Oleh itu, ibu-ibu yang dikasihi, jika anda brokedown dan anda memerlukan seseorang untuk bercakap dan mendorong anda untuk menjadi lebih kuat. Saya di sini! Saya tidak akan menilai anda, saya akan sentiasa menyokong kerana saya juga memerlukannya.

“Ahhaha taktahulah benda ni patut post ke tak, hentam jelah. Takkan nak kongsi yang suwit yang manis je. Jadi ini adalah sebahagian daripada perjalanan saya sebagai seorang ibu. Peace!” tulis Elfira.

View this post on Instagram

Few days ago , first time ever i brokedown while taking care of my Rayyan boi. I felt useless and stupid . I am disappointed with myself how i could let that happened. Saja nak share sebab i dont think anyone would share this sebab sensitive kan nanti orang boleh fikir macam macam cerita untuk nampak kita buruk tapi nilah reality. So , the other day Rayyan was just besides me main main macam biasa in his cot . El pulak tengah kemas kemas baju dekat drawers dia . Then el rasa macam rayya nak tarik baju el tapi fia terhantuk kat drawers & jatuh dalam drawer nasib baik tak tinggi sebab el bukak drawer tu & el sempat peganh dia buuut i saw a big benjol on his forehead and its blue. i was shaking & cried . I said sorry to him thousand times , rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni . And i straight away called my husband and he drove straight to my house . Eventhough he's okay , i am not . Macam nak give up dah sebab hari hari rasa nervous takut benda ni jadi and finally dah jadi. Omg takut. Luckily my husband calmed me down ( thanks love ❤️ ) . he checked with his friend, a doctor. Dia cakap takde pape just tuam with ice to keep the bruises away and reduce the size. After el tuam je blow kat kain and letak kat kepala dia. ( If this happened to you your baby , kalau muntah straight bring the baby to the hospital ) . But , he's fine. Mommy je panic. . My strong boy @muhamadrayyankhalafofficial So dear mommies , if you brokedown and you need somebody to talk and encourage you to be stronger . I am here! i wont judge you , i will support you 🤗 because i need those too. . ahhaha taktahulah benda ni patut post ke tak , hentam jelah. Takkan nak share yg suwit yang manis je . So this is part of my journey as a mom. Peace!

A post shared by @ elfiraloy on

Elfira mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lapan bulan.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Elfira Loy Rasa Diri Tidak Berguna Dan Bodoh. Apa Yang Terjadi Betul Buat Elfira Rasa Sangat Lemah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*